Ini Trick Macam Mana Nak Beli Ole-Ole Dengan Harga Murah!

0
152

Selain daripada tangkap gambar, benda lain yang kita wajib buat kalau tengah travel ialah beli ole-ole. Sebab itulah awal-awal lagi ada yang dah asingkan bajet awak-awal untuk beli cenderamata di sesuatu tempat.

Tapi, kalau korang jenis yang bajet tak banyak tapi nak juga beli ole-ole. Jangan risau, korang boleh sahaja dapatkan harga yang murah asalkan korang tahu macam mana nak lakukan penawaran.

Jangan berhenti dekat satu kedaiĀ 

Biasanya kalau sesuatu tempat itu ialah lokasi yang menjadi tarikan pelancong, mesti banyak kedaj yang menjual barang yang kita ingini. Jadi, korang survey dulu harga barang-barang itu. Kalau korang jenis yang malas nak jalan, korang tanya dekat orang yang pernah pergi tempat itu dan tahu kedai mana satu yang boleh tawarkan kita harga murah.

Beli dekat kedai skala kecil

Biasanya kedai kecil harganya lebih murah berbanding dengan pasaraya. Sebabnya mereka tak payah bayar sewa bangunan dengan harga yang mahal. Kalau beli dekat peniaga kecil pun bagus juga supaya korang support bisnes mereka. Kualiti barang yang korang cari pun sama sahaja.

Tawar-menawar

Sebenarnya aktiviti tawar-menawar ini seronok tau. Cumanya kami nak pesan, agak-agaklah juga waktu korang buat penawaran tu. Janganlah rendah sangat harga yang korang minta tu. Kesian juga kalau kita buat mereka rugi.

Tanya tempat murah kalau ada kawan tinggal dekat sana

Inilah masanya nak tanya khabar kawan-kawan korang. Minta bantuan mereka untuk mendapatkan cadangan tempat menarik dan kedai yang murah untuk korang pergi. Dah alang-alang tu, ajaklah kawan korang sekali untuk menemani korang sepanjang berada di sana.

Senyum dan ramah

Kita akan senang ambil hati orang lain jika kita beperwatakan ramah dan mudah senyum. Kalau korang boleh berbahasa menggunakan bahasa komunikasi mereka, itupun dah bonus. Mana tahu, oleh sebab korang begitu baik, dia dengan senang hati nak cadangkan tempat yang seronok untuk korang pergi.

Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here