Jangan Tertipu! Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Kena Scam Dekat Turki

0
871

Bila kita pergi ke satu tempat yang baru, mestilah kita nak kena ambil masa kenal budaya,  dan suasana negara orang lain kan? Bila ada orang yang ramah dengan kita waktu travel nak borak dan kenalkan itu ini dengan kita, mesti kita seronok dua kali ganda.

Tapi rupa-rupanya, itulah teknik menipu yang digunakan di beberapa negara termasuklah Turki. Mereka sangat licik ‘memasang jerat’ supaya anda beli barangan mereka yang harganya level neraka!

Baru-baru ini seorang pengguna di laman sosial, encik Azizi Aziz ada memuat naik pengalaman beliau dan keluarga ‘diperangkap’ semasam di Turki. Dalam video berdurasi 12 minit ini menunjukkan mereka sekeluarga telah berkunjung ke Hagia Sophia iaitu tempat paling menjadi sasaran pelancong.

Lepas keluar daripada Hagia Sophia, ada seorang lelaki warga tempatan bukan main ramah menyapa mereka. Katanya baru nak belajar bahasa Inggeris sebab itulah saja nak ajak sembang.

Tiba-tiba dia ajak pergi melawat kedai karpet pakciknya dan tunjukkan banyak karpet. Ha, dekat sinilah mereka main emosi cakap kalau kita ikut ke kedai mereka, maka kita jadi kawan. Mulalah mereka gebang kononnya itulah  itu cara orang sana berkawan.

Lepas dah masuk dalam kedai, mulalah mereka paksa-paksa kita pilih karpet. Suruh beli juga. Mereka takkan bagi kita keluar kalau tak beli. Tapi lepas Encik Azizi kata nak carikan pembeli dari Malaysia. Barulah mereka bagi Encik Azizi sekeluarga keluar daripada kedai dengan muka masam.

Sebenarnya, banyak juga yang menggunakan teknik ini di Turki. Bukan setakat nak paksa beli karpet. Ada juga yang mempunyai pengalaman kena paksa order di restoran dengan menu dan harga yang tidak masuk akal. Jadi korang kena tahu berapa average harga makanan dekat sana.

Ada juga beberapa orang yang pernah kena scam dekat bazaar. Dipaksanya beli baklava dengan harga 1 ribu. Ayo!

Pengalaman encik Azizi ini sebenarnya sangat penting untuk dijadikan rujukan dan pengajalan kepada kita semua yang mungkin bakal menjejakkan kaki ke Turki pertama kali selepas ia dibuka. Pengembaraan akan menjadi lebih indah kerana kita selalu belajar perkara baharu disetiap destinasi yang kita tujui. Hati-hati!

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here