Ini Perkara Yang Jangan Korang Buat Ketika Hiking

0
1212

“Ini kali pertama saya nak hiking. Tak tahu nak buat apa. Cuma apa pasti, saya dah bawa kamera nak ambil gambar cantik-cantik”

Kami tahu memang susah nak sembunyikan keterujaan bila dah jumpa hobi baharu. Namun, apa salahnya kalau kita dapatkan beberapa nasihat daripada hiker tegar yang sudah berpengalaman. Bila kita dah ada informasi, bolehlah kita daki dengan yakin dan lebih bersedia.

Jadi, kami dah kumpulkan nasihat daripada geng hiker yang bukan kaleng-kaleng untuk korang semua!

Jangan rosakkan alam sekitar

Flora dan fauna dah hidup lebih lama daripada kita. Jadi, belajarlah untuk hormati mereka. Jangan mengada-ngada nak ukir nama korang dengan kekasih dekat pokok. Hello tak sweet okay. Perbuatan korang itu boleh rosakkan pokok-pokok. Satu lagi, jangan gatal tangan nak bawa balik batu. Kononnya nak jadikan kenangan. Benda lain pula yang kau bawa balik, dik.

Pakai selipar

Sebenarnya ramai juga buat benda ini. Hello dik, kita ni nak pergi mendaki bukannya nak jalan-jalan di pantai. Eloklah adik tinggalkan selipar yang mahal itu dan pakailah kasut yang selesa untuk mendaki. Kita tak naklah tersadung dan tergelincir waktu mendaki nanti.

Jangan tak ikut trail

Tak perlu nak jadi hero. Ikutlah trail yang disediakan. Bila kita dah off trail ni, banyak benda boleh jadi. Korang boleh sesat, cedera dan paling bahaya ialah kalau terjatuh daripada cerun.

Jangan buang sampah

Ewah-ewah sukati je nak buang sampah. Jaga sikit kelakuan itu. Bawalah plastik sampah sendiri. Benda yang korang patut tinggalkan hanyalah jejak langkah  sahaja. Yang lain, silalah bawa pulang. Sampah yang banyak akan mengundang banyak haiwan liar

Jangan mendaki seorang diri

Hiking seorang diri merupakan idea yang buruk. Bukan sahaja berkait dengan hal-hal yang keselamatan tapi juga mengelakkan korang daripada tersesat. Bayangkan kalau korang tersesat, korang akan menyusahkan orang lain untuk mencari.

Okay itulah beberapa benda yang korang kena ingat! Jadi, kepada korang di luar sana ingatlah beberapa pesanan ini tau. Selamat mendaki!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here