Apakah maksud bandar termahal? Bangunan dekat bandar tu paling mahal ke? atau tiket pengangkutan awam harga neraka? Mungkin korang ada terfikir-fikir juga benda ini kan.
Sebenarnya, ada beberapa bandar dekat dunia ini yang memang disenaraikan sebagai bandar mahal iaitu harga barangan yang dijual dan wang yang dibelanjakan oleh penduduk mereka adalah lebih tinggi berbanding tempat lain.
The Economist Intelligence baru-baru ini ada mengeluarkan senarai terbaharu bandar termahal dunia walaupun selepas pandemik COVID-19 melanda dunia. Di barat, nilai euro sudah semakin meningkat berbanding dolar memandangkan mereka mengalami fluktuasi mata wang disebabkan pandemik.
Kajian juga telah menunjukkan harga barangan elektronik semakin meningkat secara global manakala harga pakaian sudah jatuh. Mungkin disebabkan ramai orang sudah mula bekerja dari rumah dan tak perlu nak beli baju banyak-banyak.
Kalau ada yang nak rancang travel ke beberapa bandar ini lepas pandemik mereda. Jom tengok senarai bandar termahal dan termurah bagi merancang percutian.
Paling mahal
Paris, Perancis
Hong Kong
Zurich, Swiss
Singapura
Osaka, Jepun
Tel Aviv
Jenewa, Swiss
New York
Copenhagen, Denmark
Los Angeles
Paling murah
Damaskus, Syiria
Tashkent, Uzbekistan
Lusaka, Afrika
Caracas, Venezuela
Almaty, Kazakhstan