Ada Misteri Apa Di Gua Keris, Kelantan?

0
495

Ada orang yang suka cari tempat-tempat cantik. Ada orang yang suka travel tempat-tempat penuh sejarah. Tapi ada juga yang jenis berani nak meneroka ke tempat rare dan penuh ekspedisi. Antara lokasi yang menjadi perhatian untuk menjejaki entiti misteri ialah Gua Keris, Kelantan.

Gua Pagar

Untuk sampai ke Gua Keris, korang akan jumpa Gua Pagar terlebih dahulu. Meh sini kita nak cerita apa yang best dekat Gua Pagar.

Ada banyak sebenarnya penemuan misteri dan pelik yang korang boleh jumpa dalam gua ini. Semuanya merupakan fosil yang telah berusia berjuta tahun lamanya. Salah satu fosil yang korang boleh jumpa ialah rumpai laut. Macam mana pula rumpai laut boleh ada dalam gua, kan? Tak ke pelik? Sebenarnya, berjuta tahun dulu, tempat ini asalnya ialah lautan.

Bukan itu sahaja, kajian sebelum ini pun pernah jumpa  fosil labah-labah yang dah berusia 300 juta tahun dalam gua ini.

Gua Keris, siapa yang ‘menjaga’?

Lepas korang keluar sahaja dari Gua Pagar, barulah korang akan menuju ke arah gua misteri yang yang menjadi tumpuan ramai iaitu Gua Keris. Kenapa Gua Keris? kalau korang tengok keadaan batu dalam gua itu ia seakan-akan bercantum sehingga  menampakkan bentuknya seperti keris.

Bila korang dah masuk ke dalam gua, nanti korang akan jumpa kawasan bulatan yang sangat bersih. Sedangkan sekitar-sekitar kawasan itu dipenuhi berbagai-bagai batu. Oleh sebab keadaan itu sangat unik, orang tempatan percaya sebenarnya kawasan itu dijaga dan dihuni oleh sesuatu.

Dari aspek saintifik, kawasan itu tak lain dan tak bukan adalah kewasan tempat mereka memberi burung Tiong makan. Secara logiknya, bila burung dan selalu makan dekat situ, maka bersihkan kawasan itu serta-merta.

Terdapat juga cakap-cakap lain yang mengatakan  kawasan itu ialah tempat para bunian bertapa atau melakukan aktiviti yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia biasa.

Bukan itu sahaja, terdapat juga batu-batu dengan ukiran pelik di dalam gua ini. Contohnya macam batu  berbentuk katak.

Korang boleh mengenepikan cerita itu dan tetap menjadikan Gua Keris sebagai salah satu lokasi travel memandangkan di sinilah korang boleh melihat limpahan cahaya yang dipanggil fenomena ‘God Light’.

FOTO: Harian Metro

Fenomena God Light ialah antara yang terkenal bagi peminat ekspedisi gua. Untuk lihat fenomena ini di Gua Keris, korang dinasihatkan untuk sampai ke dalam kawasan gua sebelum 10 pagi.

Jadi, jom pergi!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here