Bakal Popular Tahun 2021, Disney Perkenal Hotel Tema Star Wars!

0
713

Satu perkara yang seronok tentang Disney ialah, benda yang kita dapat tengok hanya dalam filem dan angan-angan kini boleh dirasai di depan mata. Baru-baru ini mereka ada berkongsi beberapa gambar hotel bertemakan Star Wars yang bakal dilancarkan tahun hadapan.

Lepas ini, korang sendiri boleh ada pengalaman duduk di angkasa lepas sebab hotel ini direka ala-ala pesawat luar angkasa yang membawa korang menjelajah Black Spire Outpost, Batuu macam dalam filem!

Menurut portal rasmi Star Wars, Batuu ni memang tempat yang terkenal dan antara paling banyak di cari oleh peniaga macam dalam filem Sci-fi itu. Black Spire Outpost pula tempat mereka seludup barang-barang berniaga itu.

Macam dalam filem

Bila korang dah sampai dekat hotel ini, korang akan dibawa melalui hyperspace menggunakan launch pod dan bermalam di Halcyon. Dekat sana korang berpeluang untuk berkenalan dengan beberapa karakter Star Wars.

Bukan itu sahaja, bilik mereka pun direka khas ala-ala dalam angkasa tau. Kanak-kanak akan diberi ruang sendiri iaitu katil bertingkat dekat tingkap yang boleh melihat angkasa lepas.

 

Hotel ini tersenarai dalam kategori hotel tematik mewah yang terletak di Florida, Amerika Syarikat.

Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini iala latihan memegang lightsaber yang bakal diperkenalkan tahun hadapan. Harapnya vaksin COVID 19 akan dijumpai segera supaya bolehlah korang lepak dekat hotel ini nanti.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here