“Dagang Pak Malau Dagang Bertempat, Dagang Hamba Musafir lalu”
Mesti korang dah tak senang duduk memikirkan manalah agaknya tempat yang korang nak pergi lepas PKPB habis, kan? Kalau korang berniat nak travel ke Langkawi, apa kata korang pergi ke restoran yang terkenaliaitu Restoran Nasi dagang Pak Malau.
Meh kami roger apa yang best dekat sini dan macam mana nak dapat diskaun lepas korang melantak dekat sini.
Sarapan dan menu yang menyegarkan
Sebelum korang nak berjalan seharian, mestilah korang memerlukan tenaga yang banyak. Kat sini, korang boleh merasai sarapan dengan lauk pauk yang berkualiti dan enak. Ada gulai daging, gulai ayam, kambing kurma, gulai ikan, dan juga banyak kuih muih yang disediakan untuk menjadi santapan tetamu yang datang. Harganya juga berpatutan. Untuk satu set nasi dagang korang boleh mendapatkannya dengan harga di bawah RM 10.
Pemandangan yang indah
Tidak hanya makanan yang enak. Korang juga disajikan dengan pemandangan yang indah sebab restoran ini dikelilingi bukit bukau dan sawah padi yang boleh buat korang lagi berselera nak jamah makanan. Kalau korang perhatikan lama-lama bukit bukau tu. Korang macam tercampak jauh ke era di mana zaman epik Mahsuri. Wow!
Staf yang peramah
Kalau korang selalu tertekan dan mempunyai emosi marah yang tidak menentu. Jangan terkejut bila korang dah makan kat restoran ni. Layanan sopan santun dan lemah gemalai sifat kemelayuan sejati staf dekat sini layan korang macam darah daging sendiri. Dari beratur nak ambik makanan sampailah korang habis makan. Memang tip top!
Diskaun ketika berbalas pantun
Bukan hanya sekadar makan bayar dan pergi, Korang boleh menonjolkan kehebatan berbalas pantun dengan Pak Malau sendiri. Pak Malau akan membuka gelanggang pantun untuk korang masa nak bayar selepas habis makan.
Selepas itu bergantung kepada jawapan pantun korang sama ada bagus atau tidak. Semakin bagus pantun korang yang disertai kata-kata bidalan, hiperbola dan metafora yang menggulung tinggi, korang akan mendapat banyak diskaun. Akan tetapi, kalau pantun korang tidak berapa bagus maka, faham-faham je la.
Pertunjukkan silap mata
Kanak-kanak juga berpeluang menyaksikan Pak Malau melakukan silap mata. Sekadar hiburan dan jadi kenangan apabila rindu di hari esok. Sajian hiburan yang menghadiahkan ramah, senyum, dan gelak ketawa pasti menjadikan ianya memori yang indah untuk diingati apabila mengenang Langkawi.
Keaslian tradisi melayu
Meskipun sekejap je korang sarapan kat sini, korang akan merasai seolah olah sedang memeluk tradisi melayu yang selalu dirindukan dimulai dengan lauk pauk asli melayu, Pemandangan yang megah, tulisan jawi yang melambangkan warisan melayu zaman dahulu sampailah korang boleh bermain congkak dengan keluarga atau sahabat korang.
Apa lagi yang korang tunggu lagi. Kalau korang merancang nak ke Langkawi nanti. Wajib makan sarapan di Restoran Pak Malau yang hebat ini. Tak menyesal punya!