Siapa Sangka Pengalaman ala National Geographic ini Boleh Dapat Di Teluk Intan!

0
1013

Apa je yang ada dekat Teluk Intan. Ada Menara Condong je, kan?

Ramai juga yang cakap macam ini waktu penulis sedang dalam perjalanan ke Teluk Intan. Tak dinafikan juga, memang ramai juga yang tertanya-tanya apa yang ada dekat tempat ini selain Menara Condong dan juga makan udang galah. Maklumlah, Teluk Intan memang terkenal sebagai lubuk udang galah.

Namun, pengalaman mengunjungi Teluk Intan boleh dikatakan antara yang terbaik. Pengalaman menaiki cruise untuk menyusuri sepanjang Sungai Perak di Teluk Intan memang tak boleh dilupakan. Nak tahu kenapa? Meh baca sampai habis.

Cara paling mudah kenali masyarakat

Sungai Perak mempunyai kepanjangan kira-kira 400 kilometer sekali gus menjadikannya sebagai sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Pahang. Aktiviti perdagangan dan juga perikanan dah lama beroperasi dekat tempat ini sejak kurun ke 19 lagi. Sepanjang menyusuri sungai ini, dapatlah korang tengok macam mana para nelayan tangkap ikan. Ada yang tangkap udang, ada juga yang tangkap ikan. Budak-budak pun akan cedok udang guna tempurung dekat tepi-tepi jeti. Comel je perangai.

Bukan itu sahaja, korang juga boleh nampak beberapa kilang membuat bot pukat tunda untuk kegunaan laut dalam. Harganya boleh mencecah RM1 juta ringgit! Kaya betul para nelayan ni!

Feri Pulau Rawa

Sumber foto: Facebook Teluk Intan Hometown

Di sepanjang sungai itu juga, korang akan terjumpa sebuah feri Pulau Rawa yang terdampar di tepi sungai. Ceritanya begini, dahulunya feri ini digunakan di Pulau Pinang sampailah seorang taikun beli feri ini sebab nak buat restoran terapung. Oleh sebab kos penyelenggaraan tinggi, ahli perniagaan itu pun tak mampu nak teruskan dan jadilah feri ini terbiar.

Pulau burung

Okay, ini adalah bahagian yang paling korang tak boleh lepaskan. Benda ini selalunya ada kat luar negara, tapi siapa sangka korang boleh lihat sekumpulan burung terbang pulang ke pokok berembang setiap petang dekat tempat Pulau Burung. Takjub kejap kami tengok. Sekitar pukul 6:30 petang, korang akan nampak kumpulan burung terbang dari arah hujung sungai terbang berkumpulan sampailah ke Pulau Burung.

Ada banyak spesis burung yang ada dekat pulau ini antaranya Burung Gembala Kerbau, Pucung Bakau, Helang Putih, Bangau Batu dan lain-lain.

Sumpah rasa indah betul bila nampak burung-burung ini pulang waktu senja dan ada burung yang keluar cari makan pada waktu malam. Teluk Intan dikelilingi sawah padi yang menjadi sumber makanan burung-burung ini. Mereka kemudian akan pulang ke sarang mereka di pulau ini untuk berehat. Serius, korang akan takjub dan feeling macam tengah buat dokumentari national geographic.

Kelip-kelip

Selepas menyaksikan burung-burung, korang akan dibawa melihat kelip-kelip di sepanjang sungai. Kelip-kelip ini akan ambil masa untuk berkumpul dan menyala dengan lebih banyak. Sekitar pukul lapan dan keatas adalah waktu yang sesuai nak tengok keindahan kelip-kelip ini. Tapi korang tak dibenarkan guna flash kalau nak tangkap gambar. Nanti kelip-kelip itu berhenti sekejap menyala.

Makan Udang Galah sebelah jetiĀ 

Okay ini tak ada pun dalam senarai tempat cruise. Tapi restoran ini terletak betul-betul dekat jeti. Lepas korang dah balik, silalah ke restoran ini untuk menikmati santapan udang galah paling power. Restoran Apung Di Hilir namanya.

Kalau korang ke Teluk Intan, tolonglah naik cruise di sini. Confirm tak akan menyesal punya. Boleh telefon Encik Shahril untuk maklumat lanjut dan bincang pakej-pakej yang disediakan.

Shahril Pekan Enterprise
HP: 012-5966375/ 013-5966301
FB: River Cruise Teluk Intan Perak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here