Tempat Hiking Untuk Orang Yang Tak Berapa Nak Rajin Mendaki

0
494

Kalau korang memang hiker sejati yang dah pernah panjat gunung Annapurna, artikel ini memang bukan untuk korang. Artikel ini ditulis khas untuk sesiapa yang ingin memulakan gaya hidup sihat dan nak mendaki yang manja-manja sahaja. Sekadar ingin mengeluarkan peluh dan bakar kalori sahaja.

Jangan risau, sebenarnya dekat Malaysia ini ada banyak sahaja tempat yang memang mudah sangat trail dan korang tak perlu risau akan terpengsan ketika pendakian. Nak ajak anak-anak kecil korang mendaki sama pun tak ada masalah.

Jom kita tengok dimanakah lokasi-lokasi tersebut!

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan

Kalau korang nak cari tempat yang senang nak hiking tapi memberikan pemandangan yang hebat. Bukit Batu Putih adalah tempatnya. Siap ada jalan tar lagi dekat bawah itu supaya korang mudah nak mendaki.

Trail dia pun alahai tak mencabar langsung. Setakat naik dan turun. Lebih banyak landai. Tak banyak pun yang curam. Cuma waktu nak sampai puncak tu je korang kena panjat sikit batu putih dengan tali yang disediakan. Tapi bila korang dah sampai, pemandangan laut dia, fuhhh! Cantik betul. Bolehlah korang ambil gambar dan upload di Instagram dengan kapsyen “done sarapan di atas bukit”

Bukit Broga

Bukit Broga adalah antara tempat paling popular untuk sesiapa yang baru nak belajar hiking. Korang akan melalui jalan yang susah sikit waktu awal-awal nak mendaki sebab laluannya agak curam. Tapi bila korang dan sampai ke checkpoint berdekatan puncak, laluan dah mula landai mudah. Korang teruskan je perjalanan sampai ke puncak sebab pemandangan dia wow! lawa betul.

Denai Tiga Puteri, Kota Damansara

Kalau korang tinggal di Kuala Lumpur  dan malas nak drive  jauh untuk pergi ke dua-dua tempat diatas. Jangan risau. Denai Tiga Puteri adalah penyelesaiannya. Laluan ke puncak denai ini ada beberapa pecahan. Korang kena tahu laluan mana yang akan bawa korang untuk sampai ke puncak.

Laluan ke puncak tidak lah selalu curam. Ianya naik dan turun. Cuma cabarannya ialah bila korang dah hampir sampai ke puncak. Ada laluan yang curam dan bertangga. Korang memang kena panjat. Sebelum ini kami pernah nampak ada orang mengengsot naik sebab tak larat sangat. Tak apa! Teruskan! Biar mengengsot asalkan korang sampai ke puncak.

Orait, itulah tiga lokasi yang korang boleh cuba. Alaaa, mendaki manja-manja sahaja pun okay. Asalkan korang  enjoy. Sebab apa yang penting ialah aktiviti hiking malas ini boleh bantu korang untuk kurangkan kalori  dan menyihatkan tubuh badan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here