Tips Hiking Gunung Datuk

0
729

Gunung Datuk yang terletak di Rembau Negeri Sembilan adalah antara lokasi terkenal para hiker di Malaysia. Ini ialah lokasi yang sering menjadi tumpuan sekiranya korang nak daki gunung yang lebih tinggi. Pendek kata, untuk latihan stamina, tempat ini memang sesuai.

Jadi berikut ialah beberapa tipsĀ  dan persediaan awal yang korang yang baru pertama kali nak mendaki supaya perjalanan korang lebih mudah dan berjalan lancar.

Jangan pergi seorang diri

Ini benda pertama yang korang kena ingat. Walaupun korang dah banyak kali daki bukit, tapi gunung ialah sesuatu yang berbeza. Jangan mendaki seorang diri. Ajaklah seseorang yang berpengalaman kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di dalam hutan. Mereka inilah juga yang akan menunjukkan kepada korang masa satu laluan yang mudah dan pantang larang sepanjang mendaki.

Jangan terlalu tergesa-gesa

Korang dinasihatkan jangan terlalu tergesa-gesa di awal pendakian. Untuk memelihara stamina, pastikan korang bergerak pada pace yang sama dan chilll sahaja. Laluan gunung ini memang mencabar, mencanak dan curam. Jika penat, rehatlah sebentar dan mulakan kembali pendakian perlahan-lahan.

Bawa makanan yang cukup

Sarapan adalah sangat penting sebelum korang nak naik mendaki nanti. Bawalah bekalan makanan yang mencukupi semasa mendaki dan sebaik sahaja korang tiba di puncak nanti. Jangan ambil makanan orang lain dan menyusahkan mereka yang turut sama hiking.

Burung enggang badak terbang

Seperti biasa kalau korang dah sampai puncak semestinya korang ingin merakamkan detik yang indah diatas sana kerana pemandangan dari puncak gunung datuk agak hebat. Jika korang beruntung, korang dapat melihat Burung Enggang Badak berterbangan di atas puncak.

Bawa peralatan asas

Selain daripada memakai kasut yang betul, silalah bawa peralatan asas ini untuk memudahkan pendakian. Antaranya ialah lampu suluh, pisau lipat, wisel, dan pemetik api. Bawalah juga ubat-ubatan sekiranya perlu.

Goodluck guys!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here