Unik, Resort Di Gopeng Ini Perkenal Konsep Tidur Dalam Caravan!

0
770

Tidur dekat hotel dah biasa. Tidur dekat dalam khemah pun dah selalu buat. Ha, apa kata korang cuba benda baru pula iaitu bermalam di caravan. Biasanya caravan ini menjadi pilihan kalau kita sedang travel on the move atau road trip dekat luar negara.

Tapi, sebuah resort di Gopeng, Perak ini memperkenalkan konsep tidur dalam caravan di tengah-tengah alam semulajadi. Wow!

Hanya dua jam dari Kuala Lumpur, kini korang berpeluang merasai ketenangan dan sesuai la kalau korang nak lari sekejap daripada stres dekat bandar tu.

Caravan

Nampak macam kecil, kan? Tapi ia dilengkapi dengan satu bunk bed dan satu double decker. Kemudahan lain yang disediakan termasuklah memasak, TV, peti ais, tingkap dan pendingin hawa. Not bad juga design dalam dia!

Selain itu, kalau korang nak bawa satu keluarga pergi bercuti, boleh juga tempah chalet yang boleh memuatkan 60 sehingga 70 orang dalam satu masa.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah memancing, water rafting, ATV,  BBQ, memanah, nak basikal dan banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat. Cuma kena tempah awal sebab harga semua lain-lain.

Tapi jangan risau, ada juga beberapa kemudahan lain dan percuma seperti badminton, gym, trampoline, mandi sungai dan playground!

Apalagi, jom kumpul duit. Lepas PKPB dah tamat, jom serbu berjemaah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here