Pasport Anda Rosak? Baca Panduan Ini

Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) merupakan dokumen perjalanan yang sah bagi membolehkan seseorang itu ke luar negara. Ianya adalah milik kerajaan Malaysia dan juga boleh ditarik pada bila-bila masa. Oleh yang demikian pasport sudah tentunya wajib dijaga dengan teliti.

Perkongsian oleh saudara Hamirul ini dapat memberi kita satu peringatan dan juga panduan mengenai apa yang harus dilakukan apabila pasport rosak.

Lepas tak kena conteng dgn anak? Adeh..esok nk fly ni..

Ciri-ciri pasport rosak:

  • Basah
  • Diconteng/Terconteng
  • Dikoyak/Terkoyak
  • Dibakar/Terbakar
  • Dimakan anai-anai/serangga
  • Gambar pudar/Luntur
  • Butiran dalam pasport dipinda

Langkah yang perlu dilakukan jika pasport rosak:

  • Buat surat permohonan segera
  • Fotostat Kad Pengenalan (2 salinan)
  • Fotostat muka depan Pasport (2 salinan)
  • Pergi ke Cawangan Imigresen terdekat
  • Bawa bersama bukti perjalanan sekiranya ada
  • Dapatkan surat perlepasan di Kedutaan Malaysia (jika di luar negara)

Tempoh siap pasport adalah lima ke tujuh hari bekerja, dan tertakluk ke atas budi bicara Pengarah Imigresen. Kalau Pengarah tiada, anda kena tunggu. Hal ini kerana Pengarah sahaja yang ada kuasa untuk luluskan. Saudara Hamirul hanya menyedari keadaan pasportnya sehari sebelum berangkat ke luar negara. Tindakan pantasnya membuatkan beliau berjaya mendapatkan pasport segera walaupun dikenakan kos sebanyak RM400 (RM200 denda + RM200 pasport).

INFO TAMBAHAN
  • Nombor pasport akan ditukarkan kepada nombor baharu.
  • Tempoh passport bermula dari tarikh permohonan 5 tahun
  • Untuk rosak/hilang kali kedua RM700 (RM500+RM200)
Kasihan si ayah, tak pasal² stuck di Imigresen

Beringat sebelum kena. Lepas baca artikel ni, simpanlah passport anda di tempat yang selamat dan tak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Tips Travel

10 Undang-Undang Pelik Korea Utara

Kalau sebut sahaja Korea Utara, satu-satunya sosok yang akan terlintas dalam fikiran semestinya Presiden negara tersebut iaitu Kim Jong Un.

Korea Utara terletak di bahagian utara Semenanjung Korea dan ibu negaranya ialah Pyongyang. Kehidupan di sana tidak mudah dilihat dan secara tak langsung menjadikan negara tersebut misteri dari dunia luar. Jom kami kongsikan 10 Undang-Undang Pelik Korea Utara.

  1. Gaya rambut

Terdapat hanya 28 jenis gaya rambut yang boleh dibuat dan dilarang mengikut gaya rambut Kim Jong Un. Bagi wanita yang sudah berkahwin, rambut mestilah paras leher dan yang belum berkahwin dibenarkan berambut panjang.

28 jenis gaya rambut yang dibenarkan di Korea Utara

2. Pyeongyang hanya untuk orang atasan

Rakyat biasa tidak boleh tinggal di Ibu Kota Pyongyang. Umpamanya jika anda orang Perak, Melaka dan sebagainya, anda tidak boleh berpindah ke Kuala Lumpur. Orang yang dibenarkan tinggal di Pyongyang hanyalah orang-orang atasan, khususnya yang berjawatan tinggi dalam negara.

3. Pilihanraya adalah wajib, namun calonnya cuma satu

Dikenali sebagai World’s Most Useless Election, semua rakyat di Korea Utara adalah diwajibkan untuk mengundi hanya seorang sahaja calon iaitu antara adik beradik Kim Jong Un. Tiada pilihan lain selain hanya keluarga itu. Kadar peratusan keluar mengundi yang dicatatkan pula adalah lebih kurang 99.97%. Bahaya kalau tidak keluar mengundi, boleh dikenakan tindakan dan dipenjara.

4. Negara Ateis

Korea Utara mengawal dengan ketat agama rakyatnya, dan kebanyakannya tidak mengamalkan apa-apa ajaran agama. Jikalau rakyatnya ada buku Bible ataupun buku agama lain, mereka boleh dihukum mati. Ada antara mereka yang menyifatkan pemimpin sebagai Tuhan sehinggakan ada juga yang percaya bahawa pemimpin mereka tidak pernah membuang air besar.

5. Undang-undang TV dikawal

Rakyat Korea Utara hanya dapat melihat siaran dari dalam negara sahaja dan tiada siaran luar dari negara lain. Apa yang dilihat hanya lah propaganda, dan kebanyakan berita cuma mengagungkan supreme leader iaitu Kim Jong Un. Pihak atasan sentiasa brainwash rakyatnya sehinggakan rakyat menganggap negara mereka adalah negara yang terhebat dan terkuat di dunia.

Namun begitu, semua ini tidak menghalang wakil Korea Utara untuk menyertai event di luar negara seperti acara sukan dan sebagainya. Tetapi setibanya pulang, mereka akan memberi berita kepada rakyat di TV bahawa mereka juara pingat emas sedangkan tidak memenangi pingat emas atau tidak menang langsung.

6. Dilarang membuat panggilan antarabangsa

Rakyat tidak dibenarkan untuk menghubungi sesiapa yang berada di luar negara. Jika ingkar, boleh dikenakan tindakan yang lebih kejam.

7. Keluarga anda akan dihukum jika seseorang dalam keluarga anda melakukan kesalahan jenayah

Salah satu cara kerajaan untuk mengawal rakyatnya dari membuat kesalahan jenayah adalah dengan menghukum ibu bapa jika anaknya melakukan kesalahan.

8. Tidak dibenarkan memandu

Rakyat biasa tidak dibenarkan memandu kereta. Disebabkan itulah jalan di Korea Utara jarang-jarang sekali mengalami kesesakan.

Anda hanya dibenarkan memandu di Korea utara jika anda askar, bekerja kerjaan ataupun memegang jawatan tinggi

9. Dilarang memberi pendapat

Pendapat adalah satu bentuk jenayah di Korea Utara. Rakyat tidak dibenarkan untuk memberi apa-apa pendapat tentang hal negara. Boleh dipenjara tau!

10. Dilarang Keluar Negara

Rakyat yang menjadi atlet untuk bertanding di negara lain dibolehkan untuk keluar negara. Jika tidak, lupakan sahaja impian untuk travel. Anda boleh lihat di Youtube betapa kosongnya lapangan terbang di Korea Utara. Mereka juga tidak menggalakkan pelancong datang dan jika ada, harus ditemani tour guide kerajaan.

Wah, pelik sungguh peraturan ya? Di dalam dunia yang semuanya hanya di hujung jari, cuba bayangkan hidup tanpa akses internet dan kalau ada, maklumat antarabangsa disekat?

Korea Utara juga dikenali sebagai salah satu negara nuklear yang ditakuti dunia, jadi tidak hairanlah rakyatnya ibarat lembu dicucuk hidung. Mereka rela menurut semua kemahuan daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Namun begitu, ada juga yang lari dari Korea Utara dan menceritakan kisah melalui penulisan buku untuk dijadikan inspirasi.

“I am most grateful for two things: that I was born in North Korea, and that I escaped from North Korea.”

Kredit : Youtube @marjans tv, Twitter @fadryyy_

Uncategorized

Tips Keselamatan Elak Jadi ‘Target’ Semasa Travel

Acapkali kita dengar mengenai kehilangan wang, pasport, dan yang paling digeruni, menjadi target sindiket penjenayah antarabangsa sebagai keldai dadah. Semua ini berpotensi berlaku kepada mereka yang melancong ke luar negara. Nak masuk negara org, kenalah hati² terutamanya yang travel solo.

Perkongsian yang mendapat hampir 6 ribu retweet di Twitter ini adalah selepas brader Projek Hitam minum kopi bersama rakannya yang juga merupakan pegawai kerajaan yang kerap travel atas urusan kerja. Katanya, tips ini menjadi sesuatu yang lazim dalam kalangan anggota kerajaan, khasnya anggota pasukan keselamatan di Malaysia. Jom kita ikuti tips ini!

  1. Dressing jangan over

– Kalau negara korang pergi tu musim panas, korang pakai baju 14 lapis, memang jadi sasaran lagi² geng pickpocket.

2. Study info am sekiranya berlaku kecemasan

3. Warga Malaysia mungkin jadi target penjenayah

– Seeloknya pakai pasport cover.

4. Don’t give too much details

-Bukan nak suspicious 24jam, tapi boleh jadi orang yang kita sembang tu ada agenda tersembunyi.

5. Asingkan duit di dua tempat

– Dalam wallet letak sikit je, yang lain tu pandai² korang sorok. Korang boleh dapatkan safety hidden waist pouch, pakai dekat bahagian dalam perut. Lagi senang! Tak payah risau lagi dah.

Boleh dapatkan di Shopee RM5 je

Kesimpulannya, kena sentiasa beringat apabila berada di negara orang. Better to be safe than sorry!

Sumber : Twitter @projekhitam

Uncategorized