Categories
Berita

COVID-19: KKM dah sekat kemasukan pelancong dari 6 negara ini!

Gelombang kedua COVID-19 ternyata semakin membimbangkan. Wabak ini telah mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua. Jika dibiarkan melarat, semakin banyak negara terjejas dan peningkatan angka kematian bakal dicatatkan.

Jika kita melihat kes penularan COVID-19 di Malaysia, kebanyakannya terjadi daripada kes kontak rapat. Maksudnya seseorang itu pernah berhubungan dengan jarak dekat kira-kira 1.8 meter dengan pesakit. Apa yang lebih membimbangkan ialah sesiapa pun boleh jadi ‘pembawa’ virus ini walaupun mereka tidak menunjukkan apa-apa simptom.

Setakat sis tulis artikel ini, top 5 negara yang boleh kita katakan kritikal dan mempunyai kes jangkita paling tinggi ialah China (81048), Itali (21157), Iran (12729), Korea Selatan (8086), dan Sepanyol (6391).

Baru-baru ini menerusi Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyekat kemasukan pelancong dari Iran, Itali dan Republik Korea ke Malaysia.

Bukan itu sahaja, warganegara lain yang datang dari negara itu juga tidak dibenarkan masuk atau transit di pintu masuk antarabangsa.

Berikut adalah jumlah 6 negara yang telah disekat daripada memasuki pintu antarabangsa Malaysia.

  1. Denmark (Berkuatkuasa 14 Mac)
  2. Itali (Berkuatkuasa 13 Mac)
  3. Irab (Berkuatkuasa 13 Mac)
  4. Jepun (Wilayah Hokkaido)
  5. Republik Korea (Berkuatkuasa 13 Mac)
  6. China (Wilayah Zheijiang, Jingsu, Hubei)

Selain itu pikak KKM juga mengingatkan orang ramai supaya menangguhkan perjalanan jika tada apa-apa urusan yang tidak penting. So guys, kalau nak travel musim penyebaran wabak coronavirus ini, fikirlah masak-masak dulu tau.

Categories
Tips Travel

Seram! Hanya tengok boarding pass,rupanya orang boleh godam data kita

Kalau nak diikutkan, boarding pass ini hanyalah kertas tiket yang kita tak rasa penting langsung. Jadi, lepas naik sahaja kapal terbang. Mesti kita dah tak hairan nak letak mana boarding pass itu. Ramai yang campak saja dalam tong sampah atau tertinggal dekat meja makan.

Tapi, kalau korang nak tahu. Rupanya boarding pass ini bahaya tau kalau ia berada di tangan orang yang salah. Sebabnya, data dan maklumat kita ada dekat sana.

Mereka boleh sahaja guna data kita yang ada dekat pass itu untuk tujuan yang bukan-bukan. Hanya dari sekeping tiket boarding pass itu, mereka boleh dapat maklumat macam nombor telefon dan alamat rumah.

Apalagi, bolehlah diorang suka hati ubah tempat duduk, batalkan penerbangan. Ini kerana, korang boleh tukar PIN dan maklumat perjalanan dalam laman web yang hanya memerlukan nama dan barkod yang ada di boarding pass. Seram kan?

Benda yang paling merisaukan ialah diorang guna data korang untuk tujuan yang membabitkan jenayah antarabangsa. Apalagi, tak fasal-fasal korang kena panggil soal siasat dan dilarang naik pesawat langsung. Tak boleh nak pergi travel.

Jadi, cara terbaik ialah korang bakar sahaja boarding pass korang. Bukan itu sahaja, hentikan tabiat tanggap gambar boarding pass dekat laman sosial. Semua itu bahaya okes!

Cara lain yang korang boleh buat ialah macam sis, sis akan simpan boarding pass lekat atas board dalam bilik. Sis memang sentimental sikit orangnya. Tak kisahlah, asalkan data peribadi sis selamat. Hiks.

Sumber: abc123

Categories
Berita

Disneyland seluruh dunia tutup, tapi korang boleh refund tiket!

Bukan hanya syarikat penerbangan yang terjejas, banyak juga tempat-tempat pelancongan yang tutup gara-gara penyebaran wabak COVID-19.

Taman tema terkenal Disneyland nampaknya mengambil keputusan yang sama apabila menutup operasinya termasuklah Disney World di Florida dan Disneyland Resort di California.

Kalau korang nak tahu, Disneyland Park dan Disney California Adventure adalah taman tema yang dibuka di lokasi yang sama. Namun, masing-masing memiliki tiket masuk berbeza.

Disney World yang dekat Florida, besar gila dan memiliki enam taman tema yang berbeza pun tutup sehingga hujung bulan Mac. Kalau tidak, mereka bakal menerima 93 juta pengunjung!

Tapi resort dan hotel masih dibuka. Kawasan beli belah dan makan dekat Disney Spring masih beroperasi macam biasa.

Pihak Disney berkata, dia akan terus membayar gaji para pekerja mereka walaupun taman temanya ditutup. Refund tiket akan diberikan untuk tempahan hotel selama taman tema ini ditutup.

Terdahulu, Disneyland pernah ditutup dua kali sahaja sejak ia dibina pada tahun 1955. Penutupan pertama pada 1963 pasca-pembunuhan Presiden Kennedy. Kedua adalah setelah insiden 11 September 2001.

Bila banyak taman tema tutup, maksudnya penularan virus COVID-19 ini memang dah bahaya. Mungkin dah masanya kita lebihkan masa di dalam rumah bersama keluarga berbanding lepak di luar. Jaga diri semua!

Categories
Berita

Ah sudah! Chef dekat Perancis buat coklat bentuk Coronavirus

Hebat betul kreativiti manusia ini. Dikala masyarakat dunia tengah panik dengan virus COVID-19, seorang chef dekat Perancis tiba-tiba dapat ilham untuk buat telur coklat dengan virus corona sebagai modelnya.

Telur tersebut dipamerkan dalam sebuah temubual bersama Le Telegramme.

Chef bernama Jean-Francois Pre mendapat ilham untuk buat coklat ini sebab penat nak dengar orang asyik bercakap tentang virus ini.

Jadi, dia pun buatlah coklat virus ini dan mula jual coklat ini di kedainya dekat Landivisiau.

Kebetulan pula kedai chef ini terletak berhampiran dengan ahli mikrobiologi Perancis yang terkenal iaitu Reu Loius Pasteur.

Coklat ini terdiri daripada coklat susu yang dicat dengan almond warna hitam merah. Selain itu, Jean juga ada cakap coklat ini diharap dapat mengajak semua orang untuk keluar dari situasi virus ini.

Ha, korang macam mana? Ada sesiapa yang teringin nak makan coklat virus ini?

Categories
Berita

Wajib tahu! Ini 14 kawasan cantik dekat Itali ditutup akibat COVID-19

Kalau ada yang nak tempah tiket pergi Itali itu, sis nak roger sikit yang sebenarnya ada beberapa tempat dekat Itali yang ditutup akibat COVID-19. Tindakan itu dilakukan oleh pihak kerajaan Itali untuk membendung daripada penularan wabak ini.

Bar dan restoran pun hanya diizinkan buka dari pukul 6 pagi sampai 6 petang sahaja dengan jarak minimum 1 meter antara pengunjung. Bukan itu sahaja, muzium, kelab malam, kolam renang pun ditutup sehingga 3 April 2020.

Kalau ada yang langgar peraturan ini, mereka boleh didenda selama tiga bulan. Selain itu, ini adalah antara beberapa tempat yang ditutup sementara.

Lombardy

Alessandria

Asti

 Modena

Novara

Padua

Parma

Piacenza


Pesaro dan Urbino

Reggio Emilia

Rimini

Treviso

Verbano Cusio Ossola

Vercelli

Kalau korang rasa macam tak best nak pergi waktu ini, jangan lupa tangguhkan perjalanan untuk keselamatan!

Sumber: CNN

Categories
Tips Travel

Rupanya ini posisi kerusi paling terbaik nak elak COVID-19

Industri penerbangan adalah yang banyak terkesan sejak penularan wabak koronavirus atau COVID-19 ini. Setakat hari ini masih belum ada lagi vaksin yang boleh mengubati kita daripada wabak berbahaya ini.

Namun, ada dalam kalangan kita yang tidak boleh elak untuk menaiki pesawat jika tuntutan pekerjaan memaksa kita untuk melakukan demikian. Segalanya telah korang lakukam sama ada pakai mask dan juga cuci tangan.

Sebenarnya, ada satu lagi cara yang korang boleh lakukan bagi mengelakkan terkena COVID-19 iaitu dengan mengenalpasti apakah tempat duduk terbaik dalam pesawat yang boleh bantu elak COVID-19.

Menurut kajian University Emcry Atlanta menyatakan mereka yang duduk dekat tingkap berkemungkinan terhindar dari terkena virus. Ini kerana pergerakan mereka terbatas kira-kira 43 persen sahaja di sekitar pesawat.

Manakala mereka yang duduk di lorong boleh terdedah dengan pergerakan penumpang lain sehingga 80 persen iaitu kira-kira 54 kontak. Apalagi sekiranya terdapat pramugari yang sakit dan bergerak ke sana dan ke sini di dalam pesawat.

Mereka yang duduk dekat lorong boleh terkena jangkitan 4-5 peratus berbanding mereka yang duduk di sebelah tingkap dengan risiko jangkitan sebanyak 0-1 persen.

Lepas ni, kalau korang memang terpaksa nak pergi naik pesawat, jangan lupa untuk tempah tempat duduk posisi ini tau. Sebarkan bagi semua orang tahu.

Sumber: CNN

Categories
Fakta Menarik

Perasan tak, korang tak jumpa kerusi no 13 dalam pesawat? Ini sebabnya

Kalau korang rajin travel, mesti korang dah sedar yang sebenarnya pesawat tak ada kerusi nombor 13 dan 17. Kalau dekat Malaysia ini, pesawat memang tak ada nombor 13. Kenapa eh agak-agaknya?

Kalau menurut bekas pramugara Malaysia Airlines, Zarul Umbrella menjelasnya kemungkinan nombor itu dikatakan ada unsur mistik dan tak baik.


Dalam budaya tertentu, nombor itu dikaitkan dengan nasib malang dan beberapa konotasi negatif.

Menurut jurucakap Ryanair pula kata pesawat luar negara itu tidak mempunyai nombor 13 sebab mengikut tradisi pembuatan Amerika Syarikat.

Selain itu, ada juga pesawat yang tak ada nombor 17. Ini kerana dalam angka roman XVII, anagram itu bermaksud ‘hidup saya dah berakhir’ dalam bahasa Latin.

Tapi kalau korang tengok betul-betul, tempat duduk nombor 13 paling terbaik sebab berdekatan pintu kecemasan, kan?

Apapun, tak kisahlah. Asalkan seat yang kita beli wujud cukuplah. Jangan tiba-tiba kita beli tiket kapal terbang tapi seat itu tak wujud. Ey, seram!

Sumber: Mstar

Categories
Fakta Menarik

Unik! Ada sesiapa nak try menginap di Bubble Tent comel ni?

Zaman sekarang ini, macam-macam jenis tempat penginapan dah kita jumpa. Dari yang tepi pantai, cerun bukit, dalam laut, yang fancy, cozy semuanya ada. Ha, ini sis nak share sikit tempat penginapan yang agak kreatif dinamakan Bubble Tent. Amacam? rasa macam duduk dalam buih sabun tak?

Tempat ini namanya Nira Camper Village yang terletak di Desa Wukirsari, Cangkrigan, Jogjakarta. Memandangkan ia transparent, jadi korang boleh menikmati pemandangan 360 darjah. Korang boleh nampak keindahan sawah padi dan pokok kelapa yang merendang. Apalagi kalau sawah padi sedang menghijau. Cantik betul!

Tempat ini juga dilengkapi dengan kolam renang, hammock yang selalu menjadi tumpuan untuk orang ambil gambar. Apalagi, bolehlah posing dan OOTD sepuasnya dalam ‘buih’ ini kan?

Kalau korang berkesempatan ke sini, jangan lepaskan peluang untuk ambil gambar matahari terbenam. Apa yang bestnya dekat sini, semua staff dekat sini dah diajar untuk mahir mengambil gambar yang cantik untuk pengunjung.

Kalau korang nak menginap di sini, pastikan korang buat tempahan awal tau sebab sangat tempatnya sangat terhad. Satu bubble boleh muat empat orang. Harga semalam untuk weekdays lebih kurang RM220, untuk weekend, RM249.

Selamat bercuti!

Sumber: Kompas

Categories
Fakta Menarik

Ini rupanya cara syarikat penerbangan bersihkan pesawat elak sebar COVID-19

Penularan COVID-19 sememangnya memberikan impak yang sangat besar. Tidak hanya beribu-ribu orang yang dijangkiti, malam ia turut memberi kesan kepada ekonomi dunia terutamanya industri pelancongan. Tahun ini boleh dikatakan sebagai tahun yang agak menyedihkan untuk kebanyakan syarikat penerbangan.

Mana tidaknya, ramai juga orang yang tidak berani untuk melancong ke luar negara bagi mengelakkan jangkitan. Sebagai syarikat yang masih beroperasi menerbangkan pesawat walaupun semasa musim virus ini, sudah tentu banyak langkah berjaga-jaga diambil.

Prosedur bersihkan normal

Proses nak bersihkan pesawat pun ada caranya. Biasanya mereka akan tengok dulu jadual pesawat yang manakah akan berhenti di lapangan terbang. Kalau jadual pesawat tak terlalu padat, maka kerja pembersihan akan dilakukan pada malam hari termasuklah bersihkan tandas, menyapu meja, buang sampah, bersihkan ruang simpan barang dan kerusi. Manakala pembersihan menyeluruh dilakukan setiap sebulan atau enam minggu.

Mereka menggunakan produk pembunuh kuman yang mampu melawan patogen dalam virus kompleks. Ia juga dikatakan boleh menawarkan perlindungan selama 10 hari.

Ingatkan penumpang cuci tangan guna sabun

Virus ini akan tersebar sekiranya seseorang menyentuh antara manusia atau manusia. Ia bukanlah virus yang melekat di kerusi dan gigit pergelangan tangan korang. Walaupun langkah pembersihan dijalankan, cara paling efektif membendung virus ini ialah dengan mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer. Kalau boleh jangan kerap sangat menyentuh muka.

Fogging

Banyak juga syarikat penerbangan yang melakukan fogging sejak Februari lalu untuk kesan yang lebih efektif terutama bagi penerbangan yang melalui lokasi-lokasi virus ini tersebar.

Mereka turut membersihkan semua permukaan peralatan dapur, toilet, karpet dan menggantikan filter udara dan sistem air.

Tunda penerbangan

Sebenarnya ini adalah salah satu cara juga untuk melindungi penumpang daripada virus. Sekiranya jadual penerbangan di tempat tertentu dibatalkan, ia menandakan negara yang ingin dikunjungi itu memang tidak selamat.

Ha, itulah antara prosedur yang dilakukan syarikat penerbangan. Apapun, mencegah lebih baik dari merawat. Kudos kepada syarikat yang bertungkus lumus menjaga kebajikan penumpang dan anak kapal.

Categories
Tips Travel

Ini tips mudah macam mana nak cari makanan halal dekat Korea!

Ada sesiapa yang rancang tak pergi Korea dalam masa terdekat? Sebagai seorang muslim, benda penting yang selalu bermain dekat kepala kita kalau travel ke negara bukan Islam tentunya makanan. Mestilah kita nak cuba makanan mereka, takkan nak duduk bilik makan maggie je setiap hari. No way!

Ha, ini berita baik tau. Korea Selatan sekarang dah semakin terbuka menerima pengunjung yang beragama Islam dengan menyediakan kemudahan solat di tempat tarikan pelancong. Soal makanan apatah lagi sebab dah banyak restoran yang dapat sijil halal.

Korang boleh cari mana-mana restoran yang ada sijil halal oleh Korea Muslim Federation atau KMF. Kira macam JAKIM dekat Malaysia yang keluarkan logo Halal. Cara diorang dapat sijil lebih kurang kita, restoran akan minta izin dekat KMF dan pihak mereka akan datang buat pemeriksaan. Bila dah ada logo, lebih yakinlah pengunjung negara Islam nak makan.

Cara lain ialah korang cari restoran yang Self Certified yang biasanya pemiliknya ialah muslim. Jadi, apa yang dijual dekat restoran tersebut pun halal belaka.

Selain itu, korang cari restoran yang muslim friendly. Maksudnya, kedai itu mungkin jual alkohol tapi bahan masak tidak mengandungi babi memandangkan pemilik restoran adalah muslim.

Kalau korang cari kedai yang pork free pun boleh. Sebab ada kedai yang jual macam-macam jenis daging tapi tak jual daging babi.

Antara restoran yang jual makanan halal ialah Makan Halal Restaurant dan EID Halal Korea Food dekat Seoul. Ada juga restoran yang jual makanan Turki yang korang boleh cuba. Apa yang menarik ialah kedai ini buka 24 jam! Jadi kalau malam-malam korang lapar, pergilah ke Kervan Turkish Restaurant Halal.

Okay, ini tips terakhir. Kalau korang dah memang lapar sangat tapi tak pasti kedai korang nak makan tu status dia macam mana. Korang hafal ayat ini,
‘Dwaeji gogi, ham, bacon ppaego juseyo.’ – maksud dia, tolong jangan masukkan daging babi, ham atau bacon dalam makanan.

dan juga ayat,
Dwaeji gogi, ham, bacon ppaego juseyo.’– maksudnya, jangan masukkan alkohol dalam makanan.

Alah, tak ada hal. Sebenarnya masyarakat Korea dah terbuka sekarang sebab mereka rancang nak menerima lebih banyak pelancong muslim seluruh dunia. Apapun, semoga tips yang diberikan ini berguna untuk korang tau.

Sumber: Kompas