Categories
Tips Travel

Putus cinta? Ini 5 tempat korang boleh travel untuk ‘move on’ daripada si dia

Ya, korang mungkin rasa sis mengarut tulis artikel macam ini. Tapi cuba korang kenang balik keadaan diri waktu putus cinta. Tak ke separuh gila nak kawal perasaan kecewa bila mengenangkan kisah cinta kita terlerai di tengah jalan? Bak kata lirik lagu Naim Daniel “pahitnya terasa bagai dipenjara, tanpa bicara ku rela,” Gitu!

. Kalau selama ini korang travel untuk upload gambar dekat Instagram, apa kata kali ini travel korang mempunyai misi yang besar untuk merelakan, menerima ketentuan dan menyayangi kembali diri sendiri. Sebab, sangat normal untuk seseorang yang menghadapi sebuah kehilangan untuk rasa kosong atau lebih teruk, tak rasa apa-apa.

Sudah-sudahlah menangis dan duduk berkurung dalam bilik gelap. Sekarang, bangun perlahan-lahan dari katil dan marilah kita plan Travel Therapy kita.

Jadi, sis ada beberapa cadangan tempat yang korang boleh pergi dekat Malaysia ini. Kalau korang dalam fasa baru nak move on, sis cadangkan korang bawa kawan yang sekepala dalam 3 orang dan paling penting, tak banyak kerenah.

Pulau

Sis cadangkan korang ke tempat yang tenang dan bukannya tempat yang serabut dengan kesesakan lalu lintas. Dekat Malaysia ada banyak pantai yang cantik macam Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan banyak lagi. Ada satu benda yang sis wajibkan korang buat iaitu scuba diving atau snorkeling.

Sebenarnya, lautan ada keajaiban tersendiri tau. Bila berada di dalam air, korang akan rasa macam nak bercakap dengan diri sendiri. Bila tengok ikan dan keindahan dunia bawah air, korang akan rasa tenang.

Bukit

Tak payah nak daki tinggi sangat macam Gunung Kinabalu. Korang start dengan Bukit Broga pun okay. Bila dah sampai dekat puncak, korang tengoklah betapa cantiknya matahari waktu pagi. Masa itu korang kena yakinkan diri, selepas gelap akan ada siangnya. Setiap kesedihan akan ada penghujungnya. Matahari adalah bukti yang korang telah hidup sehari lagi. Jangan sia-siakan dengan mengenang orang yang dah tak cintakan kita lagi.

Gua Tempurung

Tak pernah jejak gua batu kapur dekat Malaysia? Inilah masa yang sesuai. Mulakan dengan Gua Tempurung dekat Perak. Untuk meneroka gua ini, korang kena membongkok, merangkak. Dalam kegelapan korang belajar untuk mempercayai kemampuan diri mencari jalan keluar dengan selamat supaya tak terkena jeriji batu.

Sungai Perak

Dah alang-alang pergi Gua Tempurung, korang gerak pula untuk water rafting. Banyak sungai dekat Perak yang tawarkan pengalaman mencabar sebegini macam dekat Sungai Kampar dan Sungai Ulu Slim. Waktu ini, korang menjeritlah sepuasnya. Ketawalah sekuatnya.

Spa dekat Kuantan

Selepas korang lakukan aktiviti lasak, sis cadangkan korang untuk tempah resort atau villa. Kalau boleh dengan suasana yang aman dan juga bukannya tempat lokasi orang berbulan madu. Yelah, nanti korang sedih pula tengok pasangan bercinta sedang bahagia.

Sis nak korang manjakan diri dengan rawatan spa. Bagi diri korang tenang dan jauh dari stres. Ada banyak resort dekat Malaysia yang tawarkan perkhidmatan macam ini, contohnya macam Mangala Resort dekat Kuantan. Kalau rasa mahal, cari spa yang dekat dengan rumah korang pun okay. Cuma tak rasalah suasana baru sangat.

Move on bukanlah sebuah perkara mudah apalagi kalau seseorang itu pernah berada di tempat yang sangat dalam di hati kita. Jadi, tak salah kalau kadangkala korang teringat dan nangis.

Semoga beberapa tempat dan aktiviti yang sis cadangkan ini dapat membuat korang lebih bahagia dan semakin mencintai diri sendiri. Kalau bukan kita yang hargai diri kita, siapa lagi kan? Selamat mencuba!

Categories
Fakta Menarik

Cantik! Ini 4 lokasi pengambaran Crash Landing On You korang kena terjah

Punyalah hebat penangan drama Korea Crash Landing On You sampai kalahkan rating cerita Goblin. Lakonan Hyun Bin dengan Son Ye Jin pula memang betul-betul menjadi sampai ada yang rasa mereka ini memang bercinta dekat alam realiti.

Selain daripada skrip dan juga lagu yang baik dalam drama ini, korang mesti tak boleh lupakan lokasi pengambaran mereka. Setiap suasana yang dirakam dalam drama ini memang betul-betul buat kita terpaku lepas tu berbisik, “Ush, lawa gila tempat ini. Kat mana dia berlakon,”

Sebenarnya, selain Switzerland dan Mongolia, mereka juga melakukan pengambaran di beberapa lokasi di Korea Utara. Kalau ada yang tengah rancang nak ke Korea, mugkin korang boleh singgah ke tempat-tempat yang sis beritahu ini.

Cheongsan Arboretum

Ingat tak babak Ri Jeong Hyeok bonceng basikal dengan Yoon Se Ri dekat belakang melalui jalan yang dipenuhi pokok? Ha, inilah tempatnya.

Arboretum Cheongsan memang mempunyai 200 jenis bunga liar, pokok, teratai dan bunga lili air. Biasanya penduduk dekat sini akan berkunjung ke tempat ini waktu bulan Julai dan Ogos untuk meraikan Festival Teratai Taean yang dipenuhi bunga lotus.

Hutan Seogwipo

Ingat lagi kali pertama mereka jumpa waktu Yoon Se Ri tersangkut atas pokok. ha tempat itu ialah Hutan Seogwipo yang terletak di Pulau Jeju.

Mereka memang jaga hutan ini dan adakan juga beberapa aktiviti menenangkan fikiran untuk pengunjung. Boleh dikatakan, ini iala destinasi paling sempurna kalau nak larikan diri dari kesibukkan kota.

Yeongjongdo Seonnyeo-bawi

Ingat tak babak Hyun Bin keluar dari gua Korea Utara untuk ke Korea Selatan. Dia tiba di sebuah pantai. Pantai itu terletak di Incheon. Pantai itu kecil je

Pocheon Hantan River Sky Bridge

Inilah saatnya ketika mereka sedar yang mereka memang ditakdirkan hidup bersama. Jambatan ini melintasi Sungai Hantan. Ia dibuka pada 13 Mei 2018 terletak di daerah Gyeonggi dan tak jauh dari Air Terjun Bidulginang.

Jadi, itulah antara sedikit sebanyak lokasi pengambaran cerita tersebut. Korang plan nak pergi yang mana satu dulu?

Sumber: Kompas

Categories
Tips Travel

Asyik lepak KL je, apa kata weekend ini korang pergi Glamping versi bajet!

Mengaku je la, memang ada masa yang korang nak sangat pergi travel tapi duit dekat dalam dompet macam sendu-sendu sahaja. Korang pun scroll la Instagram tengok gambar bekas kekasih, kekasih, dan kawan-kawan korang pergi bercuti luar negara dan ambil OOTD bagai tiada hari esok.

Sebenarnya dekat Malaysia ini ada banyak tempat yang cantik dan dekat dengan alam semulajadi untuk korang terokai. Jadi, dalam artikel kali ini kita nak sembang sikit tentang pilihan travel yang murah tapi worth it!

Kalau selama ini korang banyak pergi travel ke kota-kota besar. Apa kata kali ini kita pilih travel ke tempat-tempat yang tenang dikelilingi alam semulajadi. Bolehlah korang larikan diri dari segala masalah dan perkara yang menyesakkan jiwa korang dekat bandar dengan aktiviti macam Glamping!

Oh ya! Satu lagi tips nak kongsi, make sure korang bawa kawan-kawan yang memang ceria dan tak banyak songeh. Penat juga kalau kita nak glamping tapi member jenis yang tak boleh kena gigit nyamuk. Amboi!

Kalau korang nak cari tempat glamping yang murah, selesa dan tak jauh sangat dari Kuala Lumpur. Apa kata korang lepak Gibbon Retreat Bentong dekat Pahang. Diorang baru je buka tempat Glamping ini. Ada banyak jenis chalet dan khemah yang korang boleh pilih. Kalau dekat Gobbon Retreat Bentong yang sis pergi ini, korang boleh pilih Treetop Chalet, Rock Chalet, Bentong View Chalet.

Tapi kalau korang jenis yang lasak, sis memang sarankan korang ambil khemah sama ada Giant Pandan, Tongkat Ali dan Bentong View. Khemah ini berbeza ikut kuantiti orang yang korang nak bawa masuk.

Korang jangan risau, sebab dekat sini tandas memang selesa dan kelengkapan untuk korang buat BBQ pun dah disediakan. Memang ada ruangan khas untuk korang masak dan bakar-bakar. Cuma kalau nak memudahkan kerja korang, bawalah sudu atau pisau sendiri sebab kuantiti yang disediakan pun agak terhad.

Kalau dah namanya hutan di Bentong, memanglah agak sejuk. Kalau keadaan dah makin malam, suasana dekat hutan ini akan jadi bertambah sejuk tau lebih-lebih lagi kalau hujan. Jangan lupa bawa stoking.

Apa yang boleh buat dekat sana?

Oleh sebab sis tak pandai menipu, sebenarnya korang tak boleh expect untuk buat banyak benda macam flying fox, main ATV atau berbasikal. Tapi korang boleh jungle trakking sampailah korang boleh ke air terjun mini dekat belakang. Kira-kira dalam 10 minit macam itu perjalanan.

Kalau korang malas sangat nak berjalan, apa kata korang mandi sungai dekat kawasan dekat khemah korang. Tak pun main kad dengan kawan-kawan. UNO pun best.

Apa nak kena ready?

Okey, jangan lupa untuk bawa sweater sebab tengah malam memang sejuk.

Jangan lupa bawa teh, kopi dan gula. Sebab kalau lepak sampai tengah malam nak throwback benda-benda lama, air teh dan kopi seperti ini memang padu.

Jangan lupa untuk bawa insect repellent bagi menyelamatkan korang digigit nyamuk. Satu lagi tips, sembur insect repellent dekat kasut korang bagi mengelakkan digigit pacat.

Bawa speaker untuk korang dengar lagu tapi jangan buka lagu kuat sangat sampai khemah lain tak boleh tidur.

Memang akan ada anjing berkeliaran. Tapi diorang sejenis manja dan bertugas melindungi kawasan glamping itu.

Alrite, itu sahaja yang saya boleh cerita untuk kali ini. Ada sesiapa nak pergi glamping minggu ini?

Categories
Berita

Jangan buat sesuka hati, ketahui undang-undang ini kalau bercuti di Maldives

Mana-mana negara yang kita pergi, penting untuk kita ketahui apakah budaya dan peraturan yang dikenakan di negara itu. Mungkin beberapa perkara terlihat biasa di negara kita namun ia sememangnya perkara yang dilarang di negara tertentu.

Pulau Maldives terkenal dengan keindahannya dan selalu menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati keindahan lautan. Sebab itulah ramai selebriti dan orang awam yang memilih pulau ini untuk destinasi meraikan ulangtahun perkahwinan dan bulan madu.

Namun, tak ramai yang tahu ia sebenarnya memiliki penduduk yang majoritinya muslim. Maka, ada perkara yang sangat dijaga terutamanya cara berpakaian. Jika korang melangggar beberapa peraturan yang ditetapkan, korang mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang dan disiasat polis.

Kalau korang nak tahu, Pulau Maldives sebenarnya telah membataskan pergerakan pelancong untuk berada di sekitar pulau yang sememangnya terpisah dengan pulau utama masyarakat di situ yang dihuni majoroti muslim.

Tapi belakangan ini, ramai pula pelancong yang masuk ke pulau yang dihuni penduduk muslim ini tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan. Jom tengok apakah pantang-larang kalau nak ke pulau Maldives ini.

Jaga batas pergaulan dan jangan menunjukkan ‘aksi kemesraan’ yang keterlaluan dengan pasangan.

Kalau nak pakai bikini, hanya terhad di resort dan kapal persiaran.

Pesawat dan kapal mungkin akan lambat sampai ke pulau jika cuaca buruk.

Jangan pegang terumbu karang ketika menyelam

Dadah, alkohol, daging babi, anjing adalah barang yang dilarang untuk di bawa ke pulau Maldives

Jaga sopan santun terutama kalau korang pergi bercuti semasa hari besar Islam macam bulan Ramadan atau Lebaran

Kalau korang menjaga pantang larang ini, nampaknya tak ada yang perlu dirisaukan. Korang boleh menikmati keindahan pulau Maldives dengan air lautan yang jernih. Jangan lupa tengok matahari terbenam tau. Memang cantik!

Categories
Berita Tips Travel

COVID-19, Ini benda yang korang kena tahu kalau travel musim virus ni!

Belum ada lagi antiviral dan juga penawar nak merawat virus yang sudah menyerang manusia sejak Disember tahun lalu. Kesannya, ramai yang terkorban akibat jangkitan koronavirus baharu ini. Industri pelncongan adalah yang paling banyak terjejas. Ramai juga yang batalkan trip akibat daripada virus ini.

Bukan itu je, ramai juga yang buat refund pakej travel yang diorang dah tempah. Namun, kalau korang memang kena pergi juga ke luar negara tak kisahlah atas urusan kerja atau sebab nak melancong.

Kalau negara yang korang nak pergi itu tak ada sejarah jangkitan koronavirus dan tak berbahaya macam China, silakan pergi. Cuma saya nak bagi sikit peringatan dan tips macam mana nak travel musim virus ini. Baca sampai habis tau!

Khabar angin ke betul tu?

Tak faham betul kenapa banyak sangat orang yang suka sangat buat dan kongsikan berita palsu. Khabar angin macam ini sebenarnya buat semua orang panik tak bersebab. Jadi dapatkan sumber yang sahih tentang koronavirus. Ada yang cakap virus ini boleh tersebar dengan telefon la, apa la. Aish, itu semua mengarut. Kaji juga perkembangan virus ini di negara yang korang nak pergi itu.

Pakai topeng hidung dan mulut

Ini sangat penting tau. Sangat penting! Bukan hanya nak elak koronavirus sahaja. Ia juga boleh mencegah selsema dan batuk daripada menular ke orang lain. Koronavirus boleh berjangkit dengan cecair yang keluar daripada bersin, batuk atau ketika seseorang bercakap. Jadi, penggunaan topeng dikatakan paling efektif nak elakkan jangkitan. Terutamanya kalau korang pergi ke tempat yang ramai orang macam lapangan terbang, stesen bas dan tempat tarikan pelancong.

Basuh tangan, bawa hand sanitizer

Selain daripada cecair yang keluar dari mulut, virus ini juga boleh berjangkit dengan sentuhan tangan sama ada bersentuhan secara direct dengan orang yang kena, atau menyentuh benda yang mempunyai virus. Jadi, korang boleh cegah penularan virus ini dengan selalu cuci tangan dengan antiseptik. Kalau susah sangat, korang beli hand sanitizer dan guna setiap 20 minit.

Perhatikan apa yang korang makan

Makanan yang dimasak dengan sempurna boleh menghilangkan potensi penularan virus tau. Jadi kalau korang makan daging, pastikan ia dimasak sepenuhnya. Kalau boleh elakkan tempat yang jual makanan ekstream macam kelawar ke apa.

Baiklah, itu sahaja yang sis boleh kongsikan kali ini. Harap korang semua dapat jaga kesihatan dan juga keselamatan sambil travel. All the best!