Categories
Berita

Kempen Tahun Melawat Malaysia Batal, Marilah Selamatkan Industri Pelancongan Kita Dengan…

Penularan wabak COVID-19 memang mengejutkan ramai orang apabila mencatatkan angka jangkitan sehingga sejuta orang. Beberapa negara telah pun melakukan Lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian jangkitan.

Bagi kaki travel dan kaki jalan macam korang, ini adalah masa yang mencabar. Panas punggung bila duduk rumah lama-lama maklumlah korang setiap minggu berjalan atau lepak dengan kawan. Bukan korang sahaja yang terkesan. Industri pelancongan negara pun tengah menghadapi situasi yang sama tau.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan telah pun batalkan Kempen Tahun Melawat Malaysia pada tahun ini. Mana-mana traveler yang kebetulan ada dekat Malaysia sepanjang PKP ni kena duduk dalam bilik penginapan.

Boleh dikatakan, aktiviti pelancongan negara kita tengah lumpuh sedangkan ia adalah fakor yang menyumbang kepada ekonomi negara. Mana taknya, RM6 bilion kerugian kita kena tanggung.

Jadi, ini ada beberapa cadangan yang korang boleh buat untuk bantu meracakkan lagi ekonomi negara kita selepas COVID-19 ni dah beransur pulih.

Melanconglah di dalam negara

Siapa yang tak nak tangkap gambar cantik-cantik dekat luar negara kan? Tapi untuk masa sekarang apa kata korang dahulukan duit untuk travel dalam negara. Banyak tau tempat cantik dalam Malaysia ini. Ajak satu keluarga travel sekali

Tawaran Pakej penginapan, pengangkutan

Kalau nak bawa keluarga, cara mudah ialah cari mana-mana oakej sekali dengan penginapan dan pengangkutan yang murah. Jadi, mana-mana ejen atau pemilik hotel kena jadi lebih kreatif untuk jual pake mereka lepas COVID-19 ini berakhir.

Gunung, Pantai

Dengar kara, pantai dan gunung bakal menjadi destinasi pilihan paling utama kalau nak melancong dalam negara. Jadi, dalam artikel akan datang, kitorang akan bagi cadangan mana tempat best untuk korang pergi dengan keluarga dekat area pantai dan gunung.

Kita tak tahu sampai bila COVID-19 ini akan menggila. Tapi jom kita simpat hasrat untuk bantu pelancongan negara lepas ini. Maka, dah boleh cari tempat dan kumpul duit untuk bawa keluarga bersiar-biar. Sementara itu jangan lupa untuk kerap basuh tangan, duduk rumah dan lakukan penjarakan sosial.

Come on Malaysia, lawan COVID, kita mesti boleh menang!

Categories
Berita

OYO Tawar Penginapan Percuma Untuk Kakitangan Perubatan Di Kuala Lumpur, Shah Alam Dan Seremban

OYO Malaysia, Hotel murah
Bermula sekarang hingga 14 April, kakitangan perubatan yang bertugas di hospital-hospital awam yang merawat kes-kes Covid-19 boleh dapatkan penginapan hotel OYO percuma di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Seremban.

KUALA LUMPUR: OYO Malaysia kini selangkah ke hadapan dengan menawarkan penginapan percuma di hotel rakan kongsi mereka kepada kakitangan perubatan yang merawat kes-kes Covid-19 dalam radius 5KM dari Hospital Kuala Lumpur, Hospital Shah Alam dan Hospital Tuanku Jaafar in Seremban.

Syarikat hospitaliti yang berpangkalan di India itu berkata bilik percuma akan disediakan dari sekarang hingga 14 April di OYO 188 YP Wangsa Hotel, OYO 882 Hotel Sri Muda Corner, dan OYO 89676 Hotel 22 di Seremban.

“Kakitangan perubatan dari hospital-hospital ini boleh menempah bilik dengan menghubungi OYO Careline pada + 6013-3560534, + 6012-296 8682, + 6016-6960616 dan + 6014-3819527 antara jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

“ID kakitangan diperlukan sebagai bukti semasa mendaftar masuk,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

OYO Malaysia menjelaskan bahawa mereka telah mengenal pasti rakan kongsi hotel berhampiran tiga hospital itu kerana sejumlah besar kes dirawat di hospital-hospital ini, dan tawaran adalah sebagai tindak balas kepada banyak permintaan di media sosial dan organisasi bukan kerajaan dan pengamal penjagaan kesihatan untuk penginapan berhampiran hospital merawat pesakit Covid-19 di bandar-bandar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Seremban.

Ketua Negara OYO Hotels & Homes Singapura dan Malaysia, Tan Ming Luk berkata rakan kongsi hotel syarikat itu telah bersetuju untuk memberikan bilik hotel percuma untuk barisan hadapan perubatan Covid-19.

“Pengamal perubatan, terutamanya yang berada di barisan hadapan, bekerja tanpa mengenal penat lelah, sepanjang masa untuk menjaga pesakit dengan Covid-19. Sementara mereka menjaga orang lain, OYO dan rakan-rakan perniagaan kami akan menjaga mereka.”

“Kami berjumpa dengan rakan kongsi kami dan meminta mereka untuk menyokong usaha yang kami lakukan dan semua menyokong.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana bertindak balas terhadap panggilan kami dengan cepat, ” katanya dalam kenyataan yang sama.

Tan juga berkata bahawa syarikat berharap tawaran bilik hotel percuma ini akan mengurangkan bebanan kakitangan perubatan, dengan membolehkan mereka berehat dan menyegarkan diri di tempat berhampiran hospital sebelum meneruskan rutinnya yang melelahkan.

“Pengamal perubatan kita tertakluk kepada durasi pekerjaan yang melelahkan akibat pandemik ini. Kami berharap dengan menawarkan ruang tempat tidur yang bersih berhampiran hospital, masa perjalanan dapat dikurangkan, terutama selepas syif yang melelahkan. Keselamatan dan kesejahteraan pengamal perubatan kita yang pergi dan pulang ke hospital sama penting dan OYO mahu melakukan bahagian kami untuk memastikannya, ” kata beliau lagi.

Tan bagaimanapun menjelaskan bahawa tawaran kepada barisan depan Covid-19 hanya meliputi bilik hotel percuma kerana semua perkhidmatan dan kemudahan hotel lain akan tertutup dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, hanya makan di dalam bilik hotel sahaja yang dibenarkan.

Beliau berkata OYO akan terus menerima tempahan dan daftar masuk hanya dari tetamu asing, kakitangan agensi kerajaan dan sesiapa yang bekerja dalam perkhidmatan penting semasa perintah kawalan pergerakan, dengan menyatakan bahawa ini adalah selaras dengan nasihat Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Arahan kawalan pergerakan untuk memperlahankan penyebaran Covid-19 pada mulanya ditetapkan mulai dari 18 Mac hingga 31 Mac, tetapi kini itu diperpanjangkan hingga 14 April 2020.

Sumber: The Malay Mail

Categories
Berita

COVID-19: KKM dah sekat kemasukan pelancong dari 6 negara ini!

Gelombang kedua COVID-19 ternyata semakin membimbangkan. Wabak ini telah mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua. Jika dibiarkan melarat, semakin banyak negara terjejas dan peningkatan angka kematian bakal dicatatkan.

Jika kita melihat kes penularan COVID-19 di Malaysia, kebanyakannya terjadi daripada kes kontak rapat. Maksudnya seseorang itu pernah berhubungan dengan jarak dekat kira-kira 1.8 meter dengan pesakit. Apa yang lebih membimbangkan ialah sesiapa pun boleh jadi ‘pembawa’ virus ini walaupun mereka tidak menunjukkan apa-apa simptom.

Setakat sis tulis artikel ini, top 5 negara yang boleh kita katakan kritikal dan mempunyai kes jangkita paling tinggi ialah China (81048), Itali (21157), Iran (12729), Korea Selatan (8086), dan Sepanyol (6391).

Baru-baru ini menerusi Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyekat kemasukan pelancong dari Iran, Itali dan Republik Korea ke Malaysia.

Bukan itu sahaja, warganegara lain yang datang dari negara itu juga tidak dibenarkan masuk atau transit di pintu masuk antarabangsa.

Berikut adalah jumlah 6 negara yang telah disekat daripada memasuki pintu antarabangsa Malaysia.

  1. Denmark (Berkuatkuasa 14 Mac)
  2. Itali (Berkuatkuasa 13 Mac)
  3. Irab (Berkuatkuasa 13 Mac)
  4. Jepun (Wilayah Hokkaido)
  5. Republik Korea (Berkuatkuasa 13 Mac)
  6. China (Wilayah Zheijiang, Jingsu, Hubei)

Selain itu pikak KKM juga mengingatkan orang ramai supaya menangguhkan perjalanan jika tada apa-apa urusan yang tidak penting. So guys, kalau nak travel musim penyebaran wabak coronavirus ini, fikirlah masak-masak dulu tau.

Categories
Berita

Disneyland seluruh dunia tutup, tapi korang boleh refund tiket!

Bukan hanya syarikat penerbangan yang terjejas, banyak juga tempat-tempat pelancongan yang tutup gara-gara penyebaran wabak COVID-19.

Taman tema terkenal Disneyland nampaknya mengambil keputusan yang sama apabila menutup operasinya termasuklah Disney World di Florida dan Disneyland Resort di California.

Kalau korang nak tahu, Disneyland Park dan Disney California Adventure adalah taman tema yang dibuka di lokasi yang sama. Namun, masing-masing memiliki tiket masuk berbeza.

Disney World yang dekat Florida, besar gila dan memiliki enam taman tema yang berbeza pun tutup sehingga hujung bulan Mac. Kalau tidak, mereka bakal menerima 93 juta pengunjung!

Tapi resort dan hotel masih dibuka. Kawasan beli belah dan makan dekat Disney Spring masih beroperasi macam biasa.

Pihak Disney berkata, dia akan terus membayar gaji para pekerja mereka walaupun taman temanya ditutup. Refund tiket akan diberikan untuk tempahan hotel selama taman tema ini ditutup.

Terdahulu, Disneyland pernah ditutup dua kali sahaja sejak ia dibina pada tahun 1955. Penutupan pertama pada 1963 pasca-pembunuhan Presiden Kennedy. Kedua adalah setelah insiden 11 September 2001.

Bila banyak taman tema tutup, maksudnya penularan virus COVID-19 ini memang dah bahaya. Mungkin dah masanya kita lebihkan masa di dalam rumah bersama keluarga berbanding lepak di luar. Jaga diri semua!

Categories
Berita

Airbnb Membolehkan Tetamu Membatalkan Tempahan Penginapan Dan Dapat ‘Refund’ Penuh

Ekoran wabak COVID-19 yang semakin berleluasa di seluruh dunia, menerusi kenyataan dari Facebook page rasmi Airbnb, semua tempahan penginapan bermula pada tarikh check-in 14 Mac 2020 hingga 14 April 2020 layak menerima refund penuh jika anda berhasrat untuk membatalkannya.

Tetamu yang membatalkan tempahan akan menerima bayaran balik secara penuh, manakala tuan rumah boleh membatalkan tempahan tanpa caj atau kesan kepada status Superhost mereka.

Airbnb akan mengembalikan semua yuran perkhidmatannya untuk sebarang tempahan yang dibatalkan pada tarikh yang ditetapkan.

Sekiranya tarikh check-in telah melepasi tarikh yang ditetapkan, syarat ini tidak terpakai.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan dan kemas kini bagi yang layak menerima ‘refund’ tersebut, sila klik pautan ini.

Categories
Berita

Ah sudah! Chef dekat Perancis buat coklat bentuk Coronavirus

Hebat betul kreativiti manusia ini. Dikala masyarakat dunia tengah panik dengan virus COVID-19, seorang chef dekat Perancis tiba-tiba dapat ilham untuk buat telur coklat dengan virus corona sebagai modelnya.

Telur tersebut dipamerkan dalam sebuah temubual bersama Le Telegramme.

Chef bernama Jean-Francois Pre mendapat ilham untuk buat coklat ini sebab penat nak dengar orang asyik bercakap tentang virus ini.

Jadi, dia pun buatlah coklat virus ini dan mula jual coklat ini di kedainya dekat Landivisiau.

Kebetulan pula kedai chef ini terletak berhampiran dengan ahli mikrobiologi Perancis yang terkenal iaitu Reu Loius Pasteur.

Coklat ini terdiri daripada coklat susu yang dicat dengan almond warna hitam merah. Selain itu, Jean juga ada cakap coklat ini diharap dapat mengajak semua orang untuk keluar dari situasi virus ini.

Ha, korang macam mana? Ada sesiapa yang teringin nak makan coklat virus ini?

Categories
Berita

Wajib tahu! Ini 14 kawasan cantik dekat Itali ditutup akibat COVID-19

Kalau ada yang nak tempah tiket pergi Itali itu, sis nak roger sikit yang sebenarnya ada beberapa tempat dekat Itali yang ditutup akibat COVID-19. Tindakan itu dilakukan oleh pihak kerajaan Itali untuk membendung daripada penularan wabak ini.

Bar dan restoran pun hanya diizinkan buka dari pukul 6 pagi sampai 6 petang sahaja dengan jarak minimum 1 meter antara pengunjung. Bukan itu sahaja, muzium, kelab malam, kolam renang pun ditutup sehingga 3 April 2020.

Kalau ada yang langgar peraturan ini, mereka boleh didenda selama tiga bulan. Selain itu, ini adalah antara beberapa tempat yang ditutup sementara.

Lombardy

Alessandria

Asti

 Modena

Novara

Padua

Parma

Piacenza


Pesaro dan Urbino

Reggio Emilia

Rimini

Treviso

Verbano Cusio Ossola

Vercelli

Kalau korang rasa macam tak best nak pergi waktu ini, jangan lupa tangguhkan perjalanan untuk keselamatan!

Sumber: CNN

Categories
Berita

AirAsia X lancar jualan tempat duduk percuma* jarak jauh pertama

SEPANG, 23 Februari 2020 – Terbang lebih jauh bersama AirAsia dengan lebih rendah, kerana kami menawarkan tetamu tempat duduk pada tambang sifar buat pertama kalinya ke pelbagai destinasi jarak jauh popular, termasuk Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan India.

Terdapat 1 juta tempat duduk promosi bagi penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik termasuk Melbourne (Avalon), Gold Coast, Perth, Sydney, Fukuoka, Tokyo (Narita), Seoul, Busan, Taipei dan Ahmedabad.

Tambang promosi ini adalah percuma* tidak termasuk cukai dan bayaran lain.

Para tetamu mempunyai tempoh 72 jam untuk membuat tempahan penerbangan dengan log masuk ke airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia dari 24 Februari 2020 (0001h GMT +8) ke 26 Februari 2020 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 1 Mac 2020 dan 31 Oktober 2020.

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia Amanda Woo berkata, “Sebagai sebuah syarikat penerbangan yang membolehkan semua orang terbang, kami amat teruja untuk melancarkan jualan tempat duduk tambang-sifar pertama bagi destinasi jarak jauh kami. Bukan hanya terdapat tempat duduk promosi yang dijual, tetapi kami juga telah memastikan tempoh perjalanan dilanjutkan dari bulan Mac sehingga hujung Oktober untuk menarik minat para pelancong. Kami yakin bahawa tawaran menarik ini akan habis dijual dengan pantas maka kami menggalakkan anda untuk tidak tunggu di saat akhir untuk mengelakkan kekecewaan.

Tetamu yang ingin membuat penambahan seperti membuat pra-tempahan hidangan Santan atau menaiktaraf tempat duduk ke “Zon Senyap” boleh berbuat demikian di pautan Tempahan Saya dengan hanya 3 langkah mudah – Tekan, Pilih dan Bayar!

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Tempat Duduk Percuma tidak termasuk cukai lapangan terbang dan bayaran lain-lain. Tertakluk pada terma dan syarat.

Categories
Berita

Jangan buat sesuka hati, ketahui undang-undang ini kalau bercuti di Maldives

Mana-mana negara yang kita pergi, penting untuk kita ketahui apakah budaya dan peraturan yang dikenakan di negara itu. Mungkin beberapa perkara terlihat biasa di negara kita namun ia sememangnya perkara yang dilarang di negara tertentu.

Pulau Maldives terkenal dengan keindahannya dan selalu menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati keindahan lautan. Sebab itulah ramai selebriti dan orang awam yang memilih pulau ini untuk destinasi meraikan ulangtahun perkahwinan dan bulan madu.

Namun, tak ramai yang tahu ia sebenarnya memiliki penduduk yang majoritinya muslim. Maka, ada perkara yang sangat dijaga terutamanya cara berpakaian. Jika korang melangggar beberapa peraturan yang ditetapkan, korang mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang dan disiasat polis.

Kalau korang nak tahu, Pulau Maldives sebenarnya telah membataskan pergerakan pelancong untuk berada di sekitar pulau yang sememangnya terpisah dengan pulau utama masyarakat di situ yang dihuni majoroti muslim.

Tapi belakangan ini, ramai pula pelancong yang masuk ke pulau yang dihuni penduduk muslim ini tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan. Jom tengok apakah pantang-larang kalau nak ke pulau Maldives ini.

Jaga batas pergaulan dan jangan menunjukkan ‘aksi kemesraan’ yang keterlaluan dengan pasangan.

Kalau nak pakai bikini, hanya terhad di resort dan kapal persiaran.

Pesawat dan kapal mungkin akan lambat sampai ke pulau jika cuaca buruk.

Jangan pegang terumbu karang ketika menyelam

Dadah, alkohol, daging babi, anjing adalah barang yang dilarang untuk di bawa ke pulau Maldives

Jaga sopan santun terutama kalau korang pergi bercuti semasa hari besar Islam macam bulan Ramadan atau Lebaran

Kalau korang menjaga pantang larang ini, nampaknya tak ada yang perlu dirisaukan. Korang boleh menikmati keindahan pulau Maldives dengan air lautan yang jernih. Jangan lupa tengok matahari terbenam tau. Memang cantik!

Categories
Berita Tips Travel

COVID-19, Ini benda yang korang kena tahu kalau travel musim virus ni!

Belum ada lagi antiviral dan juga penawar nak merawat virus yang sudah menyerang manusia sejak Disember tahun lalu. Kesannya, ramai yang terkorban akibat jangkitan koronavirus baharu ini. Industri pelncongan adalah yang paling banyak terjejas. Ramai juga yang batalkan trip akibat daripada virus ini.

Bukan itu je, ramai juga yang buat refund pakej travel yang diorang dah tempah. Namun, kalau korang memang kena pergi juga ke luar negara tak kisahlah atas urusan kerja atau sebab nak melancong.

Kalau negara yang korang nak pergi itu tak ada sejarah jangkitan koronavirus dan tak berbahaya macam China, silakan pergi. Cuma saya nak bagi sikit peringatan dan tips macam mana nak travel musim virus ini. Baca sampai habis tau!

Khabar angin ke betul tu?

Tak faham betul kenapa banyak sangat orang yang suka sangat buat dan kongsikan berita palsu. Khabar angin macam ini sebenarnya buat semua orang panik tak bersebab. Jadi dapatkan sumber yang sahih tentang koronavirus. Ada yang cakap virus ini boleh tersebar dengan telefon la, apa la. Aish, itu semua mengarut. Kaji juga perkembangan virus ini di negara yang korang nak pergi itu.

Pakai topeng hidung dan mulut

Ini sangat penting tau. Sangat penting! Bukan hanya nak elak koronavirus sahaja. Ia juga boleh mencegah selsema dan batuk daripada menular ke orang lain. Koronavirus boleh berjangkit dengan cecair yang keluar daripada bersin, batuk atau ketika seseorang bercakap. Jadi, penggunaan topeng dikatakan paling efektif nak elakkan jangkitan. Terutamanya kalau korang pergi ke tempat yang ramai orang macam lapangan terbang, stesen bas dan tempat tarikan pelancong.

Basuh tangan, bawa hand sanitizer

Selain daripada cecair yang keluar dari mulut, virus ini juga boleh berjangkit dengan sentuhan tangan sama ada bersentuhan secara direct dengan orang yang kena, atau menyentuh benda yang mempunyai virus. Jadi, korang boleh cegah penularan virus ini dengan selalu cuci tangan dengan antiseptik. Kalau susah sangat, korang beli hand sanitizer dan guna setiap 20 minit.

Perhatikan apa yang korang makan

Makanan yang dimasak dengan sempurna boleh menghilangkan potensi penularan virus tau. Jadi kalau korang makan daging, pastikan ia dimasak sepenuhnya. Kalau boleh elakkan tempat yang jual makanan ekstream macam kelawar ke apa.

Baiklah, itu sahaja yang sis boleh kongsikan kali ini. Harap korang semua dapat jaga kesihatan dan juga keselamatan sambil travel. All the best!