Categories
Fakta Menarik Uncategorized

5 Cafe Tercantik Yang Wajib Anda Lawat Selepas Musim Covid-19

Jika anda seorang pencinta makanan & seni hias dalaman, anda wajib baca artikel ini!

Sebuah platfom hiasan dalaman, TimeToDecor telah menyenaraikan cafe-cafe menarik sekitar Lembah Klang yang wajib anda lawat selepas Covid-19 nanti.

1. Pokok KL, PJ

Tampak seperti sebuah mimpi indah. A dreamy place. Lihat saja bumbung transparent, dipayungi pula daun-daun pokok. Cafe indah macam ini, makan pun jadi sedap. Perfect instagram spot, siang atau malam!

Konsep interior: Industrial Country

Alamat: MAHSA Avenue, Block B, Jalan Elmu, off, Jalan Universiti, 59100 Kuala LumpurPetaling Jaya, Malaysia

Hubungi: 03-8408 1811 / hello@brickhouse.my

Website: http://www.brickhouse.my

2. Botanica+Co, Bangsar South

Sesuai dengan nama, dibina bagai sebuah hutan yang tenang untuk bersantap. Pening kepala di office? Cafe ini perfect for quick escape daripada kesibukan kota. Plus point untuk accent lighting, sangat tasteful!

Konsep interior: Urban Jungle

Lokasi: G5 Podium, The Vertical, Bangsar South City, No. 8 Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia

Hubungi: 016-965 6422 / info@botanica.com.my

Website: http://www.botanica.com.my

3. Merchant Lane, City Centre

Jejak sahaja kaki, anda akan lupa anda di tahun 2020. Vintage vibe all the way. A time capsule, if you may. Juga mengingatkan kami pada cafe-cafe hipster Ipoh. Perlukan sedikit vintage vibe dalam insta? Sila serbu

Konsep interior: Tropical Vintage

Lokasi: No, 150 Jalan Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia

Hubungi: 03-2022 1736

4. Jibby & Co

View this post on Instagram

We look and breathe #instagramfilters

A post shared by Jibby Group (@jibbygroup) on

Meeting place yang famous di kalangan professionals. Interior cafe ini memberi ambience santai dan friendly tapi dalam masa sama encouraging & competent. The cafe defines simplicity, yet it is so classy.

Konsep interior: Contemporary Industrial

Lokasi: Empire Subang, Subang Jaya, Selangor

Hubungi: 03-5613 7070

5. Flora Cafe, Wangsa Maju

Cafe ini serious with its name. Tak perlu musim bunga untuk menikmati romantic dinner, anda & tersayang sudah dikelilingi bunga-bunga mekar! Kalau nak sweet sikit cakaplah β€œAwaklah bunga tercantik di cafe ini”

Konsep interior: Romantic Floral

Lokasi: No 35L-G-II, Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala LumpurKuala Lumpur, Malaysia

Hubungi: 012-207 0166 / florakafe@gmail.com

Yang mana satu kafe kegemaran anda? Jangan lupa share di ruangan komen!

Kalau anda mahukah lebih banyak inspirasi-inspirasi hiasan dalaman yang lain, boleh follow akaun TimeToDecor dengan menekan pautan di bawah:

Categories
Fakta Menarik

Perasan tak, korang tak jumpa kerusi no 13 dalam pesawat? Ini sebabnya

Kalau korang rajin travel, mesti korang dah sedar yang sebenarnya pesawat tak ada kerusi nombor 13 dan 17. Kalau dekat Malaysia ini, pesawat memang tak ada nombor 13. Kenapa eh agak-agaknya?

Kalau menurut bekas pramugara Malaysia Airlines, Zarul Umbrella menjelasnya kemungkinan nombor itu dikatakan ada unsur mistik dan tak baik.


Dalam budaya tertentu, nombor itu dikaitkan dengan nasib malang dan beberapa konotasi negatif.

Menurut jurucakap Ryanair pula kata pesawat luar negara itu tidak mempunyai nombor 13 sebab mengikut tradisi pembuatan Amerika Syarikat.

Selain itu, ada juga pesawat yang tak ada nombor 17. Ini kerana dalam angka roman XVII, anagram itu bermaksud ‘hidup saya dah berakhir’ dalam bahasa Latin.

Tapi kalau korang tengok betul-betul, tempat duduk nombor 13 paling terbaik sebab berdekatan pintu kecemasan, kan?

Apapun, tak kisahlah. Asalkan seat yang kita beli wujud cukuplah. Jangan tiba-tiba kita beli tiket kapal terbang tapi seat itu tak wujud. Ey, seram!

Sumber: Mstar

Categories
Fakta Menarik

Unik! Ada sesiapa nak try menginap di Bubble Tent comel ni?

Zaman sekarang ini, macam-macam jenis tempat penginapan dah kita jumpa. Dari yang tepi pantai, cerun bukit, dalam laut, yang fancy, cozy semuanya ada. Ha, ini sis nak share sikit tempat penginapan yang agak kreatif dinamakan Bubble Tent. Amacam? rasa macam duduk dalam buih sabun tak?

Tempat ini namanya Nira Camper Village yang terletak di Desa Wukirsari, Cangkrigan, Jogjakarta. Memandangkan ia transparent, jadi korang boleh menikmati pemandangan 360 darjah. Korang boleh nampak keindahan sawah padi dan pokok kelapa yang merendang. Apalagi kalau sawah padi sedang menghijau. Cantik betul!

Tempat ini juga dilengkapi dengan kolam renang, hammock yang selalu menjadi tumpuan untuk orang ambil gambar. Apalagi, bolehlah posing dan OOTD sepuasnya dalam ‘buih’ ini kan?

Kalau korang berkesempatan ke sini, jangan lepaskan peluang untuk ambil gambar matahari terbenam. Apa yang bestnya dekat sini, semua staff dekat sini dah diajar untuk mahir mengambil gambar yang cantik untuk pengunjung.

Kalau korang nak menginap di sini, pastikan korang buat tempahan awal tau sebab sangat tempatnya sangat terhad. Satu bubble boleh muat empat orang. Harga semalam untuk weekdays lebih kurang RM220, untuk weekend, RM249.

Selamat bercuti!

Sumber: Kompas

Categories
Fakta Menarik

Ini rupanya cara syarikat penerbangan bersihkan pesawat elak sebar COVID-19

Penularan COVID-19 sememangnya memberikan impak yang sangat besar. Tidak hanya beribu-ribu orang yang dijangkiti, malam ia turut memberi kesan kepada ekonomi dunia terutamanya industri pelancongan. Tahun ini boleh dikatakan sebagai tahun yang agak menyedihkan untuk kebanyakan syarikat penerbangan.

Mana tidaknya, ramai juga orang yang tidak berani untuk melancong ke luar negara bagi mengelakkan jangkitan. Sebagai syarikat yang masih beroperasi menerbangkan pesawat walaupun semasa musim virus ini, sudah tentu banyak langkah berjaga-jaga diambil.

Prosedur bersihkan normal

Proses nak bersihkan pesawat pun ada caranya. Biasanya mereka akan tengok dulu jadual pesawat yang manakah akan berhenti di lapangan terbang. Kalau jadual pesawat tak terlalu padat, maka kerja pembersihan akan dilakukan pada malam hari termasuklah bersihkan tandas, menyapu meja, buang sampah, bersihkan ruang simpan barang dan kerusi. Manakala pembersihan menyeluruh dilakukan setiap sebulan atau enam minggu.

Mereka menggunakan produk pembunuh kuman yang mampu melawan patogen dalam virus kompleks. Ia juga dikatakan boleh menawarkan perlindungan selama 10 hari.

Ingatkan penumpang cuci tangan guna sabun

Virus ini akan tersebar sekiranya seseorang menyentuh antara manusia atau manusia. Ia bukanlah virus yang melekat di kerusi dan gigit pergelangan tangan korang. Walaupun langkah pembersihan dijalankan, cara paling efektif membendung virus ini ialah dengan mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer. Kalau boleh jangan kerap sangat menyentuh muka.

Fogging

Banyak juga syarikat penerbangan yang melakukan fogging sejak Februari lalu untuk kesan yang lebih efektif terutama bagi penerbangan yang melalui lokasi-lokasi virus ini tersebar.

Mereka turut membersihkan semua permukaan peralatan dapur, toilet, karpet dan menggantikan filter udara dan sistem air.

Tunda penerbangan

Sebenarnya ini adalah salah satu cara juga untuk melindungi penumpang daripada virus. Sekiranya jadual penerbangan di tempat tertentu dibatalkan, ia menandakan negara yang ingin dikunjungi itu memang tidak selamat.

Ha, itulah antara prosedur yang dilakukan syarikat penerbangan. Apapun, mencegah lebih baik dari merawat. Kudos kepada syarikat yang bertungkus lumus menjaga kebajikan penumpang dan anak kapal.

Categories
Fakta Menarik

Cantik! Ini 4 lokasi pengambaran Crash Landing On You korang kena terjah

Punyalah hebat penangan drama Korea Crash Landing On You sampai kalahkan rating cerita Goblin. Lakonan Hyun Bin dengan Son Ye Jin pula memang betul-betul menjadi sampai ada yang rasa mereka ini memang bercinta dekat alam realiti.

Selain daripada skrip dan juga lagu yang baik dalam drama ini, korang mesti tak boleh lupakan lokasi pengambaran mereka. Setiap suasana yang dirakam dalam drama ini memang betul-betul buat kita terpaku lepas tu berbisik, “Ush, lawa gila tempat ini. Kat mana dia berlakon,”

Sebenarnya, selain Switzerland dan Mongolia, mereka juga melakukan pengambaran di beberapa lokasi di Korea Utara. Kalau ada yang tengah rancang nak ke Korea, mugkin korang boleh singgah ke tempat-tempat yang sis beritahu ini.

Cheongsan Arboretum

Ingat tak babak Ri Jeong Hyeok bonceng basikal dengan Yoon Se Ri dekat belakang melalui jalan yang dipenuhi pokok? Ha, inilah tempatnya.

Arboretum Cheongsan memang mempunyai 200 jenis bunga liar, pokok, teratai dan bunga lili air. Biasanya penduduk dekat sini akan berkunjung ke tempat ini waktu bulan Julai dan Ogos untuk meraikan Festival Teratai Taean yang dipenuhi bunga lotus.

Hutan Seogwipo

Ingat lagi kali pertama mereka jumpa waktu Yoon Se Ri tersangkut atas pokok. ha tempat itu ialah Hutan Seogwipo yang terletak di Pulau Jeju.

Mereka memang jaga hutan ini dan adakan juga beberapa aktiviti menenangkan fikiran untuk pengunjung. Boleh dikatakan, ini iala destinasi paling sempurna kalau nak larikan diri dari kesibukkan kota.

Yeongjongdo Seonnyeo-bawi

Ingat tak babak Hyun Bin keluar dari gua Korea Utara untuk ke Korea Selatan. Dia tiba di sebuah pantai. Pantai itu terletak di Incheon. Pantai itu kecil je

Pocheon Hantan River Sky Bridge

Inilah saatnya ketika mereka sedar yang mereka memang ditakdirkan hidup bersama. Jambatan ini melintasi Sungai Hantan. Ia dibuka pada 13 Mei 2018 terletak di daerah Gyeonggi dan tak jauh dari Air Terjun Bidulginang.

Jadi, itulah antara sedikit sebanyak lokasi pengambaran cerita tersebut. Korang plan nak pergi yang mana satu dulu?

Sumber: Kompas