Panduan ETA Visa Pelancong ke Australia dari Malaysia

Visa to Australia for Malaysian, eta australia Malaysia, apply Australian visa online, Australia visa apply, eta visa, australia visa, apply for eta, australian visa malaysia
Visa Australia yang lulus dalam bentuk PDF, termasuk tarikh tamat & nombor kelulusan (grant number)

Australia merupakan sebuah negara yang terletak di Hemisfera Selatan dan merupakan benua yang terkecil di dunia. Ibu negara Australia ialah Canberra namun terdapat bandar – bandar utama lain yang jauh lebih popular berbanding Canberra iaitu Sydney, Melbourne, Perth, Brisbane & Gold Coast.

Adakah rakyat Malaysia memerlukan Visa untuk Melancong dan Bercuti di Australia? Jawapannya ialah Ya. Dan setiap orang perlu memiliki visa individu yang sama dengan nombor passport yang digunakan semasa melancong nanti.

Anda memerlukan visa untuk melancong ke Australia, atau sekadar transit atau menaiki cruise yang melalui perairan Australia (tanpa niat untuk singgah di Australia). Visa ini diwajibkan kepada semua warga asing kecuali warga Australia sendiri dan juga warga New Zealand.

Visa to Australia for Malaysian, eta australia Malaysia, apply Australian visa online, Australia visa apply
Visa Australia yang lulus dalam bentuk PDF, termasuk tarikh tamat & nombor kelulusan (grant number)

Kebanyakkan visa untuk ke negara asing kebiasanya perlu dipohon di kedutaan negara tersebut. Ianya berlainan untuk Visa Lawatan ke Australia ini. Terdapat kelonggaran yang diberikan untuk Visa ke Australia ini bagi warga Malaysia, Brunei, Singapore, Hong Kong, Japan & Korea. Warga negara – negara ini hanya perlu memohon visa yang dikenali sebagai ETA (Electronic Travel Authority) yang boleh dipohon melalui ‘ticketing system’ di mana – mana agensi pelancongan yang berdaftar yang mempunyai sistem tersebut.

Travel agency di yang menyediakan perkhidmatan memohon visa ETA ke Australia ini akan mengenai caj visa dan caj servis di antara RM20 – RM50 untuk setiap passport. Anda juga boleh memohon secara terus di laman web Kedutaan Australia pada harga 20AUD (RM60) dan mengambil masa 24jam – 72 jam untuk siap dan dihantar ke email. Kenapa bayar lebih jika anda boleh mendapatkan Visa ke Australia pada harga yang serendah RM20 sahaja?

VisaKangaroo adalah antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan Australia ETA Visa ini untuk pemegang passport Malaysia, Brunei & Singapore yang layak. Caj visa & caj servis yang ditawarkan hanya RM20 sahaja dan terdapat lebih 100 visa yang dikeluarkan oleh VisaKangaroo setiap hari.

Check Visa Status Malaysia, Australia Holiday Visa, Tourist Visa Australia, Australia Visitor Visa, ETA Malaysia Australia, australia visa malaysia, australia eta, australia eta malaysia, australia eta visa malaysia
VisaKangaroo mempunyai 4 orang staf yang bertugas secara syif di pejabat kecil kami & semua urusan dibuat melalui WhatsApp

Lebih menarik, VisaKangaroo menyediakan perkhidmatan ini melalui WhatsApp dan semua persoalan anda dijawab secara langsung melalui WhatsApp. Ini bermakna, anda tidak perlu ke embassy, mengisi borang atau pun menghantar email. Semua perbualan dan pertanyaan anda di WhatsApp dibalas secara langsung oleh pegawai yang bertugas.

Untuk memohon visa ini anda sekadar perlu menghantar semua details di dalam muka hadapan passport anda. Paling senang, snap gambar dengan jelas & tanpa bergegar.

Ciri – ciri Visa Australia untuk passport Malaysia

  • Visa sah untuk 1 tahun
  • Visa boleh digunakan berulang kali selagi dalam tempoh sah
  • Visa ini membolehkan anda tinggal maksimum 3 bulan dari tarikh masuk
  • Visa ini dalam bentuk PDF yang mudah dicetak & diselitkan bersama passport

Cara memohon Visa ETA ke Australia adalah sangat mudah

  • Mulakan WhatsApp dengan menekan http://visakangaroo.wasap.my
  • Hantar passport & buat bayaran menggunakan kad kredit, kad debit, online banking atau cash deposit machine (CDM)
  • Tunggu visa Australia siap dalam bentuk PDF dalam masa kurang 6 jam

Polisi pelanggan permohonan Visa Australia dari Malaysia di VisaKangaroo ini memastikan visa anda diberi maklum balas kelulusan kurang dari 6 jam dan kebanyakkan visa sebenarnya siap dan dihantar kepada anda dalam tempoh kurang dari 2 jam.

Untuk visa yang telah lulus, satu Salinan PDF akan diberikan kepada anda melalui WhatsApp. Terdapat satu grant number (nombor grant / nombor kelulusan) di dalam PDF ini dan anda boleh memeriksa status visa Australia ini di website Vevo Australia. Australia visa verification ini adalah percuma dan anda memerlukan passport & grant number sahaja.

Jika anda sudah memiliki visa ETA ini di dalam passport yang sama, system akan bertanya jika anda ingin override ETA Australia Visa anda, ini bermakna, tempoh sah laku akan bertambah. Sebagai contoh, tarikh hari ini ialah 20 Jan 2020, dan anda sudah mempunyai visa yang akan tamat pada 05 April 2020, ada boleh memohon visa dan visa baru akan override visa lama dan visa baru anda akan tamat pada 20 Jan 2021.

australia visa malaysia, australia visa apply, australia eta apply, australia eta visa, australia visa cost malaysia, application for australian tourist visa, eta australia, australian eta visa online
Visa Australia yang lulus dalam bentuk gambar dari screen computer / phone

Visa ini membolehkan anda ke Australia untuk mencari peluang perniagaan, pekerjaan atau pembelajaran (further study in Australia). Anda boleh mencari peluang namun tidak boleh bekerja secara bergaji, atau tinggal lebih masa. Untuk visa pekerja di Australia, anda sepatutnya memohon visa pekerja dengan mendapatkan surat jemputan kerja (invitation letter) dan pengesahan tempat tinggal di sana. Jika anda bekerja secara haram menggunakan Visa Pelancongan ataupun Visa Lawatan ETA ini, anda akan menghadapi kesukaran semasa keluar nanti dan kemungkinan akan dibanned selama 3-5 tahun dari memasuki Australia pada masa hadapan.

Beli tiket flight / penerbangan dahulu atau buat visa dahulu? Ramai bertanyakan soalan ini. Paling selamat ialah buat visa dahulu kerana kos visa hanya RM20 dan boleh siap dalam masa 2-6 jam berbanding kos tiket penerbangan di antara RM800 – RM2400 seorang. Lebih baik visa siap dahulu dan anda boleh merancang percutian ke Australia anda dalam masa setahun ke hadapan sepanjang tempoh sah visa anda.

Visa ke Australia untuk pemegang passport Malaysia ini boleh dipohon 24/7 dari VisaKangaroo di WhatsApp 0108056500 .

Bagaimana jika permohonan saya tidak lulus ? Ramai juga sebenarnya rakyat Malaysia terutama lelaki yang berumur 20-35 tahun yang tidak lulus ETA Visa Australia ini. Ayat yang diberikan ialah ETA Visa Cannot Be Granted As More Information Required. Secara jelasnya, visa anda bukanlah direject sepenuhnya, namun anda perlu menghantar Travel Information anda kepada mereka. Jika anda sudah mempunyai jadual travel yang lengkap, dan melancong secara berkumpulan bersama keluarga / kumpulan, tiada masalah untuk visa lulus. Pendek kata, mereka ingin tahu anda melancong dengan siapa, ke mana jadual harian anda setiap hari, bila anda melancong, dan berapa ramai dalam group anda. Jika anda tiada tiket balik atau travel seorang, kemungkinan visa anda tidak diluluskan adalah sangat besar.

australia eta visa, australia visa cost malaysia, application for australian tourist visa, eta australia, australian eta visa online, australia eta visa application
Visa Australia yang tidak lulus dalam bentuk gambar dari screen computer / phone. Salinan ini akan diberikan untuk proses rayuan

VisaKangaroo akan membantu anda memberikan panduan rayuan jika visa anda tidak lulus. Rayuan perlu dibuat sendiri kerana terdapat beberapa perkara P&C termasuk slip gaji, bank statement dan juga lain – lain.

Bagi memohon visa ETA Tourist to Australia atau sebarang pertanyaan atau rayuan Visa ke Australia, boleh hubungi VisaKangaroo melalui WhatsApp, facebook ataupun Instagram. Boleh baca reviews mereka sebagai trusted agent to apply visa to Australia.

WhatsApp: http://visakangaroo.wasap.my | 0108056500 (whatsapp only)

Facebook: http://www.facebook.com/visakangarooexpress/reviews

Instagram: http://www.instagram.com/visakangaroo

Tips Travel

Pengalaman Menaiki Kapal Persiaran SuperStar Germini Selama 4 Hari 3 Malam Dengan Bajet RM1300 Seorang

Nota Editor: Perkongsian dari saudari Fatihah Kamarudin dalam sebuah grup kembara di Facebook. Jom baca perkongsian menarik tentang pengalaman beliau berlayar dengan Star Cruise Germini selama 4 hari 3 malam.

Hai, first time nak post dalam group ni plus I’m not a good writer LOL. So last April 2019 ada naik cruise. Daripada jadi silent reader, nak juga lah cuba kongsi sikit pengalaman naik cruise dekat sini. Simple je.

Star Cruise Gemini Trip 4D3N : Port Klang – Phuket – Langkawi – Port Klang

RM1,300 seorangPandai cari semasa promosi, boleh dapat pakej yang lebih murah. Boleh beli melalui agensi pelancongan, wakil jualan atau laman rasmi StarCruise.

PAKEJ TERMASUK

1. Bilik porthole sea view. Nak bilik yang ada balcony, tingkap besar-besar ambil lah pakej yang lagi mahal okay. Bezanya harga pakej sebab bilik je. Yang lain semua sama. Ini antara jenis bilik yang ada di dalam SuperStar Germini.

Jenis-jenis bilik yang ada di dalam SuperStar Germini.

2. Semua utilities, shows (puppet show, talent show, circus), wayang, activities, semua boleh join. In fact kalau join sometime boleh dapat hadiah duit, discount spa dan sebagainya.

3. Makan 5 kali sehari (part paling best 😬) Boleh pilih 3 restoran (jumlah 5 restoran boleh pilih tapi 3 sahaja yang pork free and Genting Group Cruise disahkan halal ) mana nak masuk every meal time.

  • Mariner restaurant buffet asian foodSiapa perut melayu digalakkan masuk sini
  • Bella vista western foodYang ni bukan buffet. So bila pergi dia bagi meja tunggu la makanan sampai. Dari appetiser to dessert
  • Ocean restaurant western and grill Yang ni best bila malam. Makan outdoor sambil ditiup lembut angin laut.

Ada banyak lain-lain restaurant cuma yang lain-lain tu bayar sendiri.

Phuket pit stop

Kapal berhenti 8 jam di Phuket. Boleh turun jalan-jalan. Kapal ke jeti Phuket akan naik feri, yang ni free je. Tapi kena ambil masa pukul berapa turun dekat reception. Kalau nak ambil tour guide dari kapal ada caj tambahan sebanyak 1300 Baht seorang.

Tapi bagi yang nak jimat, tak payah pun ambil pakej, boleh naik tuktuk sahaja. Tak pun kalau nak ada tour guide juga, ambil waktu turun dari kapal. Ramai yang sediakan khidmat tour guide dengan harga yang murah.

Langkawi pit stop

Kapal berhenti selama 5 jam. Nak ambil tour guide dalam kapal pun ada tapi macam biasa harganya lebih mahal. Teksi dekat bawah RM100. Kalau setakat nak pergi beli coklat sahaja, lebih baik naik Grab.

Untuk setiap pit stop tak nak turun pun tak apa. Duduk sahaja dalam kapal. Sebab dalam kapal memang akan ada pelbagai aktiviti.

Dalam kapal tak guna duit, kapal akan bagi access card. Satu access card digunakan untuk pintu bilik, untuk masuk restoran, untuk beli belah atas kapal. Jadi hari terakhir, kena pergi reception untuk selesaikan bil sebelum check out dari kapal. Access card dikirakan sebagai passport atas kapal.

Dalam kapal ada Wifi tapi kena bayar. Jadi terpulanglah nak beli atau tidak. Kalau ikutkan kepada bajet yang jimat, tak perlulah ambil. Sebab pertama, mesti akan sibuk dengan telefon sahaja sampaikan tak dapat nak menghayati keindahan ciptaan Tuhan.

Kedua, sampai sahaja di Phuket korang pergi jela restoran berdekatan dan minta password wifi mereka. Ketiga, dah sampai Langkawi, bermakna dah ada sambungan internet semula. Jadi sangat rugi ambil wifi dalam kapal.

Mana nak cari pakej?

Korang boleh pergi website Star Cruise sendiri, Matta Fair (tapi ramai kata ambil dekat Matta Fair mahal) atau melalui ejen.

Naik kapal bukan mcm pergi bercuti naik kapal terbang. Cruise sangat berbeza dengan naik kapal terbang. So i suggest for you guys untuk naik sekali seumur hidup. Kalau lagi mampu, naiklah kapal yang lagi mahal okay, lepas tu ceritalah pula pengalaman korang.

From my own opinion and experience, naik kapal seronok sebab boleh relax dan tenang je. Tak rasa nak kena terkejar sana sini. Lagi-lagi bila takde phone connection, lagi tenang. Tak serabut.

Nota tambahan: For those yang mabuk laut like me, bawak lah ubat-ubatan ye. Terasa goyang bila kapal nak jalan 

Ini antara kemudahan lain yang ada dalam kapal persiaran SuperStar Germini yang boleh digunakan sepanjang pelayaran. Sumber diambil di laman rasmi StarCruise.

Kredit: Fatihah Kamarudin

Tips Travel

Catatan Pengembaraan Solo ke Eropah Tengah & Balkan

Artikel ini telah dikongsikan oleh saudari Hadijah Zain yang telah mengembara secara solo ke sana selama 19 hari bermula 8 November hingga 26 November 2019 yang lalu.

13 NEGARA (GERMANY, REPUBLIC CZECH, AUSTRIA, SLOVAKIA, HUNGARY, CROATIA, BOSNIA, MONTENEGRO, ALBANIA, KOSOVO, MOCEDONIA, BULGARIA DAN GREECE) DENGAN KOS KURANG DARI RM5000 (termasuk makan dan perbelanjaaan lain)

Syukur alhamdulillah saya telah berjaya mancapai impian saya menjejakkan kaki ke Negara Balkan Dan Central Europe secara solo selama 19 hari. Bagi memanfaatkan cuti yang ada saya telah membuat keputusan untuk pergi ke 13 Negara.

Mungkin ada yang berpendapat ianya memenatkan dan terlalu singkat, saya hormati pendapat tersebut. Namun bagi saya setiap orang punya alasan dan keinginaan mereka sendiri. Ini adalah pengalaman pertama saya ke Europe, saya bersyukur sepanjang trip saya tidak berdepan dengan masalah komunikasi atau insiden yang buruk, semuanya lancar dan dipermudahkan .

Kos perbelanjaaan lengkap dan itinerary seperti dibawah, mudahan memberi inspirasi dan marfaat kepada semua.

PENGANGKUTAN ANTARABANGSA

  • Singapore-Berlin – 209SGD/RM627 (Flyscoots Airlines)
  • Berlin-Prague – 15€/RM69 (Bus Regiojet)
  • Prague-Salzburg – 17€/RM77 (Bus Regio jet)
  • Salzburg-Bratislava – 26€/RM120 (Flix bus)
  • Bratislava-Budapest – 8€/RM37 (OmioBus)
  • Budapest-Zagreb – 17€/RM78 (Flixbus)
  • Zagreb-Sarajevo – 24€ /RM110 (Croatiabus)
  • Sarajevo-Mostar – 5€/RM 24 (Croatiabus)
  • Mostar-Dubrovnik – 15€/RM70 (Croatia bus)
  • Dubrovnik-Kotor – 20€/RM92 (globtourbus)
  • Kotor-Shkoder – 15€/RM69(OldTown travel bus
  • Prizren-Skopje – 10€/RM47(Vector bus)
  • Skopje-Sofia – 118HRK/RM75(Mekenojica)
  • Sofia – Athen – 28.40€ /RM130 (Aegean Airline)
  • Athen-Singapore- 188€/RM865 (Flyscoots Airlines)

JUMLAH : RM 2490

Nota :

Kesemua tiket bas saya telah beli awal secara online melalui website Getbybus dan Flixbus kecuali tiket bas Prizren ke skopje saya beli di kaunter kerana tiket hanya boleh dibeli di kaunter.

Sila kenal pasti stesen bas anda, saya dapati Prague, Salzburg dan Shkoder tidak mempunyai bangunan stesen bas, ianya hanya di tepi jalan dan dilot parking.

PENGANGKUTAN DALAM BANDAR

  • Berlin – Day pass – 7€/RM32
  • Prague – Day pass – 4€/RM18
  • Salzburg – Single ticket x 2 trip – 4€ /RM18
  • Hallstatt – Bus Salzburg to Bad iscl 22€ (pergi balik) \ kereta api Bad iscl ke Hallstatt 10€ (pergi balik) \ Ferri ke hallstatt Village – 6€ (pergi balik) Jumlah RM 175
  • Bratislava – Single ticket X 2 trip – 3€/RM14
  • Budapest – Day pass 660huf \ tiket bas ke Buda Castle – 450huf / RM15
  • Zagreb – Daypass 30kuna \ tiket bas ke Plavice Lake – 127kuna Jumlah RM98
  • Sarajevo – (Stesen bas-Basalica-Stesen bas) – 320KM/RM8
  • Mostar – Walk
  • Dubrovnik – (Stesen bas-Old Town-Stesen bas) – 22kuna /RM14
  • Kotor – Tiket bas (Kotor-Perast-Kotor) – 4€/RM19
  • Shkoder- Hotel – Jeti – Tiket feri (Komani Lake) – 10€/RM46
  • Prizren – 30€ taxi from Fierza to Gjakova \ 2.5€ bus Gjakova to Prizren – RM150
  • Skopje – Walk
  • Sofia – Metro from bus station – Hostel-Airport – 3.20BGN /RM7.20
  • Athen – metro Airport-Hostel 10€ \ Day pass 4.20€ \ Bus To Airport 6€ Jumlah 20.20€/RM93 (Tiket Metro ke Athen) Airport 10€ sehala. Jika ingin mengurangkan kos, boleh menaiki BUS NOX95 dengan tambang 6€
  • Airport bus stop bertempat di Syghma Center (Berhadapan dgn Euro Bank) bus setiap 15 minit, tempoh perjalanan ke Airport 1jam, bergantung kepada trafik.) JUMLAH : RM706.20

Nota :

Pastikan tiket Di Simpan dengan baik, pemeriksaan secara Rambang akan Di lakukan oleh pihak penguakuasa, Di Budapest sy terpaksa bayar saman sebanyak 25€ kerana tidak mempunyai pass semasa pemeriksaan dijalankan (Tiket hilang)

PENGINAPAN

  • Prague – Little Quaters Hostel (2night) 26€/RM12
  • Salzburg-A&o Salzburg Hautpbahnhof (1 night) 16€/RM74
  • Budapest – Flow Hostel (2night) 23€/RM106
  • Zagreb-Main Square Hostel – (1night) 14€/RM65
  • Mostar – Hostel Mirror -(2night) 20€/RM92
  • Kotor – Hostel Pupa (2night) 20€/RM92
  • Shkoder – Hotel Floga (1night) 15€/RM69
  • Prizren – M99 Hostel(1night) 10€/RM46
  • Skopje – Skopje Hostel (1night) 10€/RM46
  • Sofia – Ivory Tower Hostel (1night) 22BGN/RM46
  • Athen – Bed Station Hostel (2night) 32€ /RM147 JUMLAH : RM905

Nota :

Kategori penginapan yang saya pilih adalah berhampiran dengan stesen metro, stesen bas, berhampiran dengan tempat tarikan dan mempunyai dapur untuk memasak.

TEMPAT PENYIMPANAN BAG

  • Berlin – Stesen bas (24jam) 4€ /RM18
  • Salzburg – Hostel (12jam) 4€ /RM18
  • Bratislava – Stesen bas – PERCUMA
  • Sarajevo – Stesen bas (5jam) 6KM/RM14
  • Dubrovnik-stesen bas ( 5jam) 20Kuna/RM13 JUMLAH : RM63

BAYARAN TIKET MASUK

  • Budapest – BUDA CASTLE(Fanicular) – 2000huf/RM28 (Boleh juga menaiki Bus No16, bas tersebut akan terus ke buda Castle, Jika sudah mempunyai day pass, tiada bayaran tambahan diperlukan)
  • Zagreb – PLAVICE LAKE – 60kuna /RM37
  • Mostar – Tour pakej (Poceltj, Karavice Water fall, Blagaj) 30€/RM140
  • Kotor – KOTOR FORTRESS – 8€ (tapi saya bertuah dapat naik ke fortress secara percuma kerana pada musim sejuk kaunter tiket ditutup)
  • Athen – ACROPOLIS – 10€ /RM46 (ini adalah harga pormosi pada musim sejuk, harga biasa adalah 20€) JUMLAH:RM251

LAIN-LAIN

  • Zagreb – 10Kuna/RM6 (Bayaran penyimpanan bag di dalam bas )
  • Sarajevo – 2km(bayaran platrom) 1€ caj penyimpanan bag didalam bas)/RM9
  • Mostar – 1€/RM4.6 (caj penyimpanan bag didalam bas)
  • Kotor – 4€ /RM18 (caj platform dan penyimpanan bag didalam bas)
  • Skopje – 50 Denar/RM4 (Caj platform) JUMLAH :RM42

JUMLAH KOS KESELURUHAN : RM 4457.20 +- (kos tersebut tidak termasuk kos perbelajaaan yang lain seperti makan, bagasi dan shopping)

INFO

  • Anggaran kos makanan disetiap negara adalah 10€ ke atas
  • harga fridge magnet 1€-5€ di Bosnia\boleh beli fridge magnet di Blagaj dengan harga 0.50€ berbanding 1€ di oldTown
  • negara yang tidak terima EURO (perlu tukar wang)
  • Bosnia, Croatia, Hungary, Mecedonia selain dari ini boleh mengunakan wang EURO
  • antara tempat yang tidak mempunyai stesen bas khas, Prague, Salzburg dan Skhoder (sila kenal pasti lokasi stesen bas anda), semasa saya di Salzburg saya ambil bus malam ke Bratislava kawasan menunggu bus sangat sunyi dan agak menakutkan.

Memandangkan saya travel solo, gambar saya ambil menggunakan tripot beserta shutter remote, dan adakala sama meminta bantuan dari orang sekeliling. Saya tidak membeli simcard, hanya mengunakan free WiFi. Saya juga mengunakan Offline Maps, iaitu MapsMe.

ITINERARY & TEMPAT-TEMPAT YANG DITUJU

BERLIN
-Brandenburg Gate
-Reichtag
-Memorial murder of the Jews
PRAGUE
– Old Town Square
-Astronomc vbvnbm,nical clock.
-dancing house
-Prague Castle
SALZBURG
-Hallstatt
-Love Change Bridge
-Festung Hohensalzburg
-Mozardplatz
BRATISLAVA
-Morning Market
-Most SNP
-Old Town Hall
– Micheal Gate
-The Blue Church
-Man of Work
-Michael Gate
BUDAPEST
– Szechenyi Chain Bridge
-Buda Castle
-Fisherman’s Bustion
-St Stephen Basilica
-Hungarian Parliament Building
-Matthias Church
-Central Market Hall
ZAGREB
-PLavice Lake
– St Mark Church
-Ban Josib Jelacic Square
SARAJEVO
-Bascarsija
-Gazi Husrev -Beg Mosque
-Latin Bridge
-Sebilj in Sarajevo
MOSTAR
-Stari Most
-Plocitelj
-Kravice Waterfall
-Blagaj tekija
DUBROVNIK
-Old Town
-King of landing
KOTOR
-Perast
-Kotor fortress
SHKODER
-Ebu Beker mosque
-Komani Lake
PRIZREN
-Sinan Pasha Mosque
-Old Town
SKOPJE
-Macedonia Square
-Old Bazaar
SOFIA
-Alexander Nevsky Cathedral
-Sofia historic museum
-Banya Bashi Mosque
-Central Sofia Market Hall
-Russian Church
ATHENS
-Acropolis
-Flea Market

Acropolis Athen Greece

untuk mengelakkan dari gambar anda cacat dengan lautan manusia, waktu terbaik ke Acropolis adalah awal pagi atau pada jam 2 petang

(gambar diambil mengunakan tripod)

Alexander Nevsky Cathedral Sofia Bulgaria

datang awal pagi, waktu terbaik jam 9pagi atau petang

(gambar diambil mengunakan tripod)

Hallstatt Austria

Gambar diambil atas bantuan seorang pengunjung disitu. My target biasanya solo traveller, lepas minta dia ambilkan gambar saya, saya akan offer untuk ambil gambar dia pula. Low season tak ramai orang jadi boleh datang anytime.

Blagaj Tekija Bosnia

gambar diambil oleh pengunjung yang datang disitu

Plavice Lake Zagreb Croatia

(gambar diambil menggunakan tripod) Di Plavice Lake kebanyakkan masa akan bersendirian jarang jumpa orang lalu lalang.

waktu terbaik ke sini awal pagi dan keluar dari kawasan ini sebelum jam 4ptg kerana pukul4 suasana sudah gelap seperti jam 8malam waktu Malaysia.

Buda Castle Budapest Hungary

Gambar ini diambil atas bantuan pelancong dari Indonesia. Saya bertuah kerana kebetulan dia seorang yang suka ambil gambar, semua gambar saya di Budapest beliau yang ambilkan.

Kotor Fortness Kotor Montenegro

(gambar ini diambil oleh pengunjung yang berada disitu)

King of Landing Dubrovnik Croatia

(gambar diambil menggunakan tripod)

Komani Lake Shkoder Albania

(gambar ini diambil oleh pekerja feri)

Blue Church Bratislava, Slovakia

(gambar diambil menggunakan tripod)

Astronomical Clock Prague, Czech Republic

Gambar diambil oleh solo traveller dari Mexico, kalau nak dapat gambar yang cantik jangan malu minta bantuan orang dan silalah posing tanpa rasa bersalah.. 🤣

Brandenburg Gate Berlin, Germany

(gambar diambil oleh orang yang berada disit)

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan idea untuk anda travel ke Eropah Tengah & Balkan nanti. Terima kasih kepada saudari Hadijah Zain atas perkongsian ini!

Itinerary Tips Travel

Pasport Anda Rosak? Baca Panduan Ini

Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) merupakan dokumen perjalanan yang sah bagi membolehkan seseorang itu ke luar negara. Ianya adalah milik kerajaan Malaysia dan juga boleh ditarik pada bila-bila masa. Oleh yang demikian pasport sudah tentunya wajib dijaga dengan teliti.

Perkongsian oleh saudara Hamirul ini dapat memberi kita satu peringatan dan juga panduan mengenai apa yang harus dilakukan apabila pasport rosak.

Lepas tak kena conteng dgn anak? Adeh..esok nk fly ni..

Ciri-ciri pasport rosak:

  • Basah
  • Diconteng/Terconteng
  • Dikoyak/Terkoyak
  • Dibakar/Terbakar
  • Dimakan anai-anai/serangga
  • Gambar pudar/Luntur
  • Butiran dalam pasport dipinda

Langkah yang perlu dilakukan jika pasport rosak:

  • Buat surat permohonan segera
  • Fotostat Kad Pengenalan (2 salinan)
  • Fotostat muka depan Pasport (2 salinan)
  • Pergi ke Cawangan Imigresen terdekat
  • Bawa bersama bukti perjalanan sekiranya ada
  • Dapatkan surat perlepasan di Kedutaan Malaysia (jika di luar negara)

Tempoh siap pasport adalah lima ke tujuh hari bekerja, dan tertakluk ke atas budi bicara Pengarah Imigresen. Kalau Pengarah tiada, anda kena tunggu. Hal ini kerana Pengarah sahaja yang ada kuasa untuk luluskan. Saudara Hamirul hanya menyedari keadaan pasportnya sehari sebelum berangkat ke luar negara. Tindakan pantasnya membuatkan beliau berjaya mendapatkan pasport segera walaupun dikenakan kos sebanyak RM400 (RM200 denda + RM200 pasport).

INFO TAMBAHAN
  • Nombor pasport akan ditukarkan kepada nombor baharu.
  • Tempoh passport bermula dari tarikh permohonan 5 tahun
  • Untuk rosak/hilang kali kedua RM700 (RM500+RM200)
Kasihan si ayah, tak pasal² stuck di Imigresen

Beringat sebelum kena. Lepas baca artikel ni, simpanlah passport anda di tempat yang selamat dan tak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Tips Travel