Jejaka Ini Berkongsi Tips Kembara Ke Jakarta Selama 4 Hari 3 Malam

17 NOV 2019 – 20 NOV 2019

  • Flight – KLM (Royal Dutch Airlines)
  • Hotel – THE ASCOTT JAKARTA, Thamrin Jakarta (just behind Grand Indonesia and Plaza Indonesia Mall)

YEAR END VACATION (YEV) #evantravelingtrendy

Mungkin tidak se‘gah’ posting negara 4 musim,
Akan tetapi its good for free and easy leisure.
Dan untuk membantu sesiapa yang pertama kali ke Jakarta.

Okay bukan ini yang ingin disampaikan,
Tapi just 1 kemajuan yang telah ada di Jakarta iaitu airport train. So takdelah kita nak hadap macet(jem) dari airport ke Jakarta City

3 terminal airport yang ada di Jakarta, akan tetapi ketiga2 terminal menyediakan skytrain untuk pengunjung bergerak dari terminal ke terminal yang lain termasuk ke Bandara Soekarna Hatta (BST) di SHIA RAILWAY STN. Without any payment. Maknanya skytrain ada 4 stn which is terminal 3- terminal 2 -Bendara Soekarno Hatta Stn dan terminal 1.

Di mana yang dikatakan airport train ke city Jakarta tu?

Ok mana2 visitor yang flight nya landing samada di terminal 1@2@3 akan ke Stesen Bandara Soekarna Hatta (BST) yang terletak di SHIA RAILWAY STN menaiki sky train yang diceritakan tadi bagi tujuan untuk menaiki airport train ke Jakarta City.

Airport train?

Ye sama lebih kurang ERL kita kat KL jika di lihat pada harga tambangnya jauh lebih murah dari kita kan?

Tiket?

Untuk lebih mudah beli online thru RAILINK which is 40k rupiah (+/- RM12 one way 46min perjalanan menuju ke Jakarta City atau nama station nya ialah SUDIRMAN BARU (BNI CITY)

Pergi balik baru 80k rupiah. Murah dan cepat takyah mereput dalam taxi/grabcar time nak book tiket tu kita dah boleh pilih waktu operasi train yang telah di tetapkan, so korang bujet la sebaiknya.

Tiket boleh book seminggu sebelum jika tak silap, macam saya book 2 hari sebelum fly.

Better beli online, sebab beli on the spot hanya debit/credit card je diterima. Macam i smpai Jakarta 6pm, i ambek train 820 mlm. Mana tahu flight delay ke, nak keluar dari flight lambat ke, nak beli itu la ini la, pergi toilet la, nak cari mana lift nak naik ke skytrain la, apa semua kan. Nak beli simkad la.
But simkad kalau nak beli dari Klook ke, dari apa2 lah or rental wifi roaming man ke, sebab kat aiport 200k rupiah untuk 5gb 7days. Katanya jauh lebih murah beli dekat Jakarta City punya kedai simkad.

Macam mana nak print tiket?

Sampai je kat Stn Bandara Soekarno Hatta (BST) dengan manaiki skytrain dari terminal 1@2@3 tu pergi terus ke ticket machine yang ada berdekatan waiting lounge masukkan no booking dan boarding pass akan kelua. (ala macam kiosk airasia tu la)

Guna tiket macam mana?

Masa nak masuk ke platform untuk menaiki train kita scan barcode pass dan terus la ke platform yang ditetapkan. Yang penting simpan pass sebab kita akan scan barcode di stesen terakhir .

Selain dari train, saya kongsikan satu tempat lepak yang menarik iaitu rooftop bar tertinggi di Jakarta which is di The Westin Hotel Jakarta.

Nah saya belanja beberapa gmbr dari Level 67 Henshin Rooftop Bar The Westin Hotel Jakarta. U guys bole walk in je for drink kudap2 heheheh.

Tq kerana sudi membaca sampai habis, semoga membantu.

Nota editor: Terima kasih kepada Evan Lee Wan Esa kerana sudi berkongsi infomasi menarik ini! Jangan lupa follow beliau di sini untuk dapatkan lebih banyak inspirasi kembara dari beliau.

Tips Travel Uncategorized

10 Undang-Undang Pelik Korea Utara

Kalau sebut sahaja Korea Utara, satu-satunya sosok yang akan terlintas dalam fikiran semestinya Presiden negara tersebut iaitu Kim Jong Un.

Korea Utara terletak di bahagian utara Semenanjung Korea dan ibu negaranya ialah Pyongyang. Kehidupan di sana tidak mudah dilihat dan secara tak langsung menjadikan negara tersebut misteri dari dunia luar. Jom kami kongsikan 10 Undang-Undang Pelik Korea Utara.

  1. Gaya rambut

Terdapat hanya 28 jenis gaya rambut yang boleh dibuat dan dilarang mengikut gaya rambut Kim Jong Un. Bagi wanita yang sudah berkahwin, rambut mestilah paras leher dan yang belum berkahwin dibenarkan berambut panjang.

28 jenis gaya rambut yang dibenarkan di Korea Utara

2. Pyeongyang hanya untuk orang atasan

Rakyat biasa tidak boleh tinggal di Ibu Kota Pyongyang. Umpamanya jika anda orang Perak, Melaka dan sebagainya, anda tidak boleh berpindah ke Kuala Lumpur. Orang yang dibenarkan tinggal di Pyongyang hanyalah orang-orang atasan, khususnya yang berjawatan tinggi dalam negara.

3. Pilihanraya adalah wajib, namun calonnya cuma satu

Dikenali sebagai World’s Most Useless Election, semua rakyat di Korea Utara adalah diwajibkan untuk mengundi hanya seorang sahaja calon iaitu antara adik beradik Kim Jong Un. Tiada pilihan lain selain hanya keluarga itu. Kadar peratusan keluar mengundi yang dicatatkan pula adalah lebih kurang 99.97%. Bahaya kalau tidak keluar mengundi, boleh dikenakan tindakan dan dipenjara.

4. Negara Ateis

Korea Utara mengawal dengan ketat agama rakyatnya, dan kebanyakannya tidak mengamalkan apa-apa ajaran agama. Jikalau rakyatnya ada buku Bible ataupun buku agama lain, mereka boleh dihukum mati. Ada antara mereka yang menyifatkan pemimpin sebagai Tuhan sehinggakan ada juga yang percaya bahawa pemimpin mereka tidak pernah membuang air besar.

5. Undang-undang TV dikawal

Rakyat Korea Utara hanya dapat melihat siaran dari dalam negara sahaja dan tiada siaran luar dari negara lain. Apa yang dilihat hanya lah propaganda, dan kebanyakan berita cuma mengagungkan supreme leader iaitu Kim Jong Un. Pihak atasan sentiasa brainwash rakyatnya sehinggakan rakyat menganggap negara mereka adalah negara yang terhebat dan terkuat di dunia.

Namun begitu, semua ini tidak menghalang wakil Korea Utara untuk menyertai event di luar negara seperti acara sukan dan sebagainya. Tetapi setibanya pulang, mereka akan memberi berita kepada rakyat di TV bahawa mereka juara pingat emas sedangkan tidak memenangi pingat emas atau tidak menang langsung.

6. Dilarang membuat panggilan antarabangsa

Rakyat tidak dibenarkan untuk menghubungi sesiapa yang berada di luar negara. Jika ingkar, boleh dikenakan tindakan yang lebih kejam.

7. Keluarga anda akan dihukum jika seseorang dalam keluarga anda melakukan kesalahan jenayah

Salah satu cara kerajaan untuk mengawal rakyatnya dari membuat kesalahan jenayah adalah dengan menghukum ibu bapa jika anaknya melakukan kesalahan.

8. Tidak dibenarkan memandu

Rakyat biasa tidak dibenarkan memandu kereta. Disebabkan itulah jalan di Korea Utara jarang-jarang sekali mengalami kesesakan.

Anda hanya dibenarkan memandu di Korea utara jika anda askar, bekerja kerjaan ataupun memegang jawatan tinggi

9. Dilarang memberi pendapat

Pendapat adalah satu bentuk jenayah di Korea Utara. Rakyat tidak dibenarkan untuk memberi apa-apa pendapat tentang hal negara. Boleh dipenjara tau!

10. Dilarang Keluar Negara

Rakyat yang menjadi atlet untuk bertanding di negara lain dibolehkan untuk keluar negara. Jika tidak, lupakan sahaja impian untuk travel. Anda boleh lihat di Youtube betapa kosongnya lapangan terbang di Korea Utara. Mereka juga tidak menggalakkan pelancong datang dan jika ada, harus ditemani tour guide kerajaan.

Wah, pelik sungguh peraturan ya? Di dalam dunia yang semuanya hanya di hujung jari, cuba bayangkan hidup tanpa akses internet dan kalau ada, maklumat antarabangsa disekat?

Korea Utara juga dikenali sebagai salah satu negara nuklear yang ditakuti dunia, jadi tidak hairanlah rakyatnya ibarat lembu dicucuk hidung. Mereka rela menurut semua kemahuan daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Namun begitu, ada juga yang lari dari Korea Utara dan menceritakan kisah melalui penulisan buku untuk dijadikan inspirasi.

“I am most grateful for two things: that I was born in North Korea, and that I escaped from North Korea.”

Kredit : Youtube @marjans tv, Twitter @fadryyy_

Uncategorized

AirAsia Tawar Promosi 5 Juta Tempat Duduk Serendah RM12 Sehala

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia kini kembali menawarkan kempen promosi besar-besaran dengan tawaran lebih 5 juta tempat duduk ke serata destinasi.

Nikmati tambang promosi termasuk semua untuk ahli AirAsia BIG bermula dari serendah RM12* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Penang dan Johor Bahru, RM89* untuk penerbangan ke Lombok dan Nha Trang, RM139* ke Shantou dan Bhubaneswar, dan banyak lagi.

Terbang bersama AirAsia X dengan tambang serendah RM179* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chongqing, RM279* ke Osaka dan lain-lain. Untuk nikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, penumpang boleh memilih tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Jaipur dengan tambang RM699*, RM799* ke Jeju dan Taipei, RM899* ke Perth dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, tetamu boleh menikmati penerbangan percuma apabila mereka menempah pakej percutian penerbangan bersama hotel** di airasia.com. Tetamu yang ingin menempah hanya hotel atau aktiviti juga boleh memanfaatkan diskaun sehingga 50% untuk hotel terpilih dan sehingga 30% untuk pelbagai aktiviti bagi melengkapkan percutian mereka.

“Ini adalah masa terbaik untuk anda membuat tempahan bagi percutian seterusnya bersama AirAsia. Di samping 5 juta tambang promosi kami tawarkan, AirAsia juga akan mengecualikan semua yuran pemprosesan bagi tetamu yang memilih untuk membayar menggunakan BigClick*, transaksi pembayaran yang lebih mudah dan cepat.

Ketua Pegawai Komersial AirAsia Karen Chan

Tempahan boleh dibuat di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia dari 17 Jun 2019 (0001h GMT +8) sehingga 19 Jun 2019 (2400 GMT +8) bagi tempoh perjalanan antara 1 November  2019 dan 8 September 2020.

Ahli AirAsia BIG, pengguna BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia boleh menikmati akses keutamaan 24 jam dari 16 Jun 2019 (0001 GMT +8). Log masuk sebagai Ahli BIG untuk menikmati akses kepada tempat duduk pada harga terendah. Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Tetamu yang ingin membuat pertukaran pada tempahan mereka atau membuat pesanan tambahan seperti pra-tempah hidangan Santan dan Pilih Tempat Duduk boleh berbuat demikian pada halaman Tempahan Saya yang serba baharu dengan hanya 3 langkah mudah – Tekan, Pilih & Bayar!

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter, Facebook dan Instagram

*Semua tambang termasuk cukai dan bayaran. Yuran pemprosesan sifar BigClick terpakai untuk tempahan dibuat antara 10-30 Jun 2019. Tertakluk kepada terma dan syarat di sini.

*Tempahan pakej Penerbangan+Hotel hendaklah dilakukan bersama untuk menikmati tempat duduk percuma. Tempat duduk percuma tersedia untuk perjalanan antara 1 November 2019 dan 30 April 2020. Semua harga pakej contoh tertera adalah untuk penginapan sepanjang tempoh dinyatakan. Semua cukai mesti dibayar pada masa pembelian kecuali dinyatakan sebaliknya. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk bagasi yang didaftar masuk.

Uncategorized

14 Tips Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Memburu Tiket Penerbangan Sempena Promosi AirAsia Free Seats!

Sempena promosi tiket penerbangan AirAsia Free Seats, kami nak kongsikan tips bagi memudahkan anda memburu tiket penerbangan yang akan berlangsung tak lama lagi!

  1. “Cakap free seats, tapi kena bayar juga. Tipu eh?” – Ya memang free. Kerusi free. Tapi airport tax, makanan dan bagasi daftar masuk anda masih kena bayar. Walau bagaimanapun, harganya tetap murah dan berbaloi-baloi kalau berjaya sambar.
  2. Ahli AirAsia BIG boleh merebut tiket promosi sehari lebih awal – Ini adalah kelebihan jika anda mendaftar sebagai ahli AirAsia BIG. Setiap kali promosi AirAsia Free Seats, AirAsia akan memberikan keutamaan kepada ahlinya dahulu untuk membeli tiket penerbangan sehari lebih awal daripada yang bukan ahli. Jika anda belum mendaftar, daftar sini.
  3. Top up kad BigPay seawal mungkin – Bayar guna kad BigPay untuk mengumpul lebih banyak nilai mata AirAsia BIG. Nilai mata terkumpul anda boleh tebus untuk membeli tiket penerbangan AirAsia secara percuma. Belum ada kad BigPay? – Ikut panduan ini untuk mendapatkan kad anda.
  4. Catat semua nama selengkapnya – Untuk tempahan tiket penerbangan AirAsia, hanya nama penuh dan tarikh lahir yang diperlukan. Tak perlu risau kalau belum ada passport. Paling lewat untuk membuat passport anda adalah dalam masa dua minggu sebelum tarikh penerbangan anda.
  5. Sediakan 3 pilihan tarikh dan destinasi – Tiket promosi AirAsia Free Seats adalah terhad, siapa cepat dia dapat. Jika tarikh yang anda mahukan tiada harga promosi, cari tarikh lain, atau mungkin destinasi yang anda mahu, tidak tersenarai dalam promosi tersebut, bermakna anda perlu cari alternatif destinasi lain. Lebih fleksibel, lebih bagus.
  6. Elakkan memburu tiket promosi pada waktu puncak – Waktu puncak kebiasaannya adalah pada pukul (8 pagi-10 pagi / 12 tengahari-2 petang / 8 malam-11 malam) – Kebarangkalian untuk anda masuk ke dalam ‘Waiting Room‘ adalah tinggi pada waktu ini kerana trafik yang masuk terlalu banyak. Sebaiknya, buru tiket anda di waktu lengang, 1pagi – 6 pagi contohnya.
  7. Gunakan platform yang berlainan – Ada dua cara untuk memburu tiket promo AirAsia, iaitu menggunakan desktop website, dan kalau anda tidak berjaya masuk, gunakan aplikasi AirAsia untuk carian yang lebih pantas.
  8. Semak musim atau cuaca sebelum membeli – Kebanyakan promosi yang dipaparkan adalah pada musim off seasons, musim hujan, ribut, sejuk, panas. Tapi kalau anda bernasib baik dan jumpa tarikh anda mahukan, terus sambar tiket promo itu!
  9. Incognito Mode / Private BrowsingPernah tak bila dah jumpa tiket murah, kemudian bila cari kembali tarikh yang sama, harganya sudah naik? Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, sila gunakan Incognito Mode’ / Private Browsing bila anda melayari laman sesawang AirAsia menggunakan desktop browser.
  10. Elakkan memilih tarikh pada musim puncak – Peluang untuk anda mendapatkan tiket murah terutamanya musim cuti sekolah dan cuti umum seperti Hari Raya adalah tipis.
  11. Tiada harga promosi untuk bayi – Bayi (infant) di bawah umur 2 tahun pada tarikh penerbangan, biasanya tidak ada harga promo. Kalau bayi belum lahir, usah risau, jangan beli tiket infant dahulu, boleh add-on kemudian kerana harganya tidak berubah.
  12. Nama pada tiket mesti sama dengan nama pada passport – Anda dinasihatkan untuk memasukkan nama seperti apa yang tertera di passport bagi mengelakkan sebarang masalah di airport negara asing kemudian hari termasuklah Bin, Binti anda!
  13. Tempahan secara berkumpulan susah nak dapat harga promosi – Tiket promosi adalah terhad. Rombongan Cik Kiah tidak digalakkan. Selalunya tiket promosi adalah terhad kepada 1-7 tiket untuk tarikh tertentu. Agak susah untuk dapatkan harga promosi untuk jumlah penumpang yang ramai. 1-4 orang adalah ideal.
  14. VISA – Sebelum anda berhasrat untuk menyambar tiket promosi ke Australia, anda dinasihatkan untuk buat visa pelawat terlebih dahulu. Proses membuat ETA Visa Australia sangat mudah serendah RM20 sahaja. Boleh hubungi mana-mana ejen bertauliah, mereka akan bantu untuk dapatkan visa. Visa siap dalam masa 24jam-48jam.

Kami ucapkan selamat memburu tiket penerbangan ke destinasi impian anda. Semoga tips ini berguna untuk pemburuan anda. Ganbatte!

Uncategorized

Tips Keselamatan Elak Jadi ‘Target’ Semasa Travel

Acapkali kita dengar mengenai kehilangan wang, pasport, dan yang paling digeruni, menjadi target sindiket penjenayah antarabangsa sebagai keldai dadah. Semua ini berpotensi berlaku kepada mereka yang melancong ke luar negara. Nak masuk negara org, kenalah hati² terutamanya yang travel solo.

Perkongsian yang mendapat hampir 6 ribu retweet di Twitter ini adalah selepas brader Projek Hitam minum kopi bersama rakannya yang juga merupakan pegawai kerajaan yang kerap travel atas urusan kerja. Katanya, tips ini menjadi sesuatu yang lazim dalam kalangan anggota kerajaan, khasnya anggota pasukan keselamatan di Malaysia. Jom kita ikuti tips ini!

  1. Dressing jangan over

– Kalau negara korang pergi tu musim panas, korang pakai baju 14 lapis, memang jadi sasaran lagi² geng pickpocket.

2. Study info am sekiranya berlaku kecemasan

3. Warga Malaysia mungkin jadi target penjenayah

– Seeloknya pakai pasport cover.

4. Don’t give too much details

-Bukan nak suspicious 24jam, tapi boleh jadi orang yang kita sembang tu ada agenda tersembunyi.

5. Asingkan duit di dua tempat

– Dalam wallet letak sikit je, yang lain tu pandai² korang sorok. Korang boleh dapatkan safety hidden waist pouch, pakai dekat bahagian dalam perut. Lagi senang! Tak payah risau lagi dah.

Boleh dapatkan di Shopee RM5 je

Kesimpulannya, kena sentiasa beringat apabila berada di negara orang. Better to be safe than sorry!

Sumber : Twitter @projekhitam

Uncategorized

Flight Delay di Eropah, Boleh Dapat Pampasan Sehingga €600

Perkongsian oleh saudari Nyna Bananyna bagaimana beliau membuat tuntutan (claim) untuk penerbangan beliau di Eropah baru-baru ini yang mengalami kelewatan penerbangan. Baca panduan ini sekiranya anda pernah mengalami situasi yang sama semasa menggunakan syarikat penerbangan di Eropah.


Korang tahu tak if flight korang delay more than 3 hours or flight cancel fly dari/ke negara EU korang layak dapat compensation up to €600 dari airline tersebut? Banyak weh! Tak beli insurance pun boleh dapat.

Baru2 ni flight I from London Luton ke Reykjavík, delay 5 hours. Dah delay, flight dah fly half an hour, patah balik ke Luton sebab ada technical problem. Penat juga lah tunggu. Habis drag itinerary. Tapi alhamdulilllah selamat sampai Reykjavík after 5 hours delay.

Dah balik Malaysia baru I Google how to claim compensation. Rupanya kita boleh claim compensation under EU Regulation 261/2004. I bought ticket LTN-KEF for RM320 naik Wizz Air. I ada travel insurance AXA juga but tak layak dapat sebab min delay kena 6 hours 😓 plus compensation nya sikit nau. RM200 for first 6 hours tak silap.

Ada 2 cara untuk korang claim compensation;

  1. Tuntutan terus kepada syarikat penerbangan.
  2. Membuat tuntutan daripada pihak ke-3, seperti Airhelp

 

I recommend korang ask claim from airline first. Sebab lagi untung. If korang guna third party, dorang ada service charge.

  1. DIRECT CLAIM FROM AIRLINE
    Wizz Air kasi option nak claim dapat airline credit or cash:
    Airline credit: €480 without expiry date
    Cash: €400/person
  2. CLAIM FROM AIRHELP (https://www.airhelp.com/en/)
    Dapat €350 per person. Tapi service fee dorang tinggi which is 25% dari compensation kita dapat. Means dia charge I €87.5. Kalau AirHelp ni procedure nya senang just upload file yang dia minta, the rest dia akan settlekan tinggal tunggu dapat duit je.

My mistake here is, I apply dari AirHelp dulu sebelum direct contact dengan Wizz Air. So Wizz Air dah lepas tangan dah masa I contact tu. I rugiiiiii sangattt. Banyak weh beza amount compensation tu dalam RM600+- 😭tapi takpe lah asalkan ada untung juga 😉

 

48260365_1547936495349696_8403868894976016384_n

Direct from airline Wizz Air dapat €400. Tapi takde rezeki tersilap step apply compensation dari AirHelp dulu 😭

48363934_1547951228681556_5662254320612016128_n

Korang boleh check if korang layak atau tidak dapat compensation dari AirHelp. (www.airhelp.com)

48385475_1547936505349695_807237887807455232_n

Wizz Air kasi offer airline credit €480/passenger. But I’d prefer to have cash instead.

48383435_1547936535349692_7243683127497850880_n

Dapat €525 untuk 2 person. Yeay thank you AirHelp!

48891234_1547936788683000_1200657630855430144_n

Duit masuk after 2 days. Chingggg! Boleh beli ticket Europe baru ni.

Btw sesiapa yang ada delay/cancel flight dalam negara EU within last 3 years, korang still boleh apply compensation dengan AirHelp 😊👍🏻 so pergi godek2 balik booking file korang. Duit compensation tu boleh beli ticket flight baru 😜

Korang boleh check if korang layak tak dapat compensation dari AirHelp 👇🏻just fill info yang dorang nak and tengok lah kut2 korang ada rezeki untuk dapat 🙈
https://www.airhelp.com/en/

 

Sumber: Facebook Nyna Bananyna. Follow Facebook beliau untuk perbualan lebih lanjut berkenaan dengan info ini.

 

Uncategorized