Categories
Uncategorized

Panduan Menguruskan Kemalangan / Rawatan Hospital / Kematian Ketika Di Luar Negara

Malang tidak berbau. Walau di manapun kembara kita, persediaan sebelum menghadapi musibah semasa travel amatlah penting.

Perkongsian ini telah dikongsi oleh Rose Maria Mansor berkenaan dengan proses dan panduan menguruskan pesakit / jenazah yang telah yang mengalami musibah semasa mengembara. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. 

 

Akak bukan pengembara tegar. Akak pengembara bermusim. Kawan2 dlm ni yg kenal akak pun tau pasal hal ni. Tapi akak nak kongsi mcm mana akak kendalikan / bantu beberapa ahli keluarga/ sahabat/ stranger yg berhadapan dengan keadaan ini ketika merekadi luar negara.

1. Walaupun kita ada insurance dari Malaysia, sebaiknya semak prosedur kemasukan hospital / rawatan di negara yg nak kita lawati. Adakah mereka accept GL  (Guarantee Letter) dari syarikat insurance kita? Terdapat kes yg akak bantu, didapati bahawa hospital di negara berkenaan tak accept GL dari insurans luar dari negara mereka (walaupun insurance tu dari company di Malaysia yg dah established di US).

2. Bila GL tak diterima, tak boleh discharge, maka kos tinggal di hospital dan negara berkenaan akan meningkat. Contohnya ada kes di Korea, sehari bil di ICU adalah RM50,000.00. Bayangkan tekanan yg dihadapi ahli keluarga pesakit / traveler tersebut.

3. Maka sebaiknya kita cuba survey insurance yg boleh dibeli dari negara yang kita nak lawati tu selama tempoh lawatan kita. Pilih laa yg access sum dia paling rendah. Contohnya kalau access sum dia RM500, maka kita set aside RM500 tu supaya kalau kena masuk hospital / kena dptkan rawatan yg kosnya lebih RM500, kita dah siap sedia duit RM500 tu.

4. Jangan panik atau amek hati andai kata pihak kedutaan Malaysia di tempat yang kita lawati tu tak dapat bantu kita. Stay focus dalam usaha nak dapatkan rawatan / bawa balik pesakit.

5. Dapatkan borang dari airlines yang boleh bawak pesakit contohnya Malaysia Airlines. Masa nak bawa balik arwah adik ipar akak dari Guangzhou, kami cuba nak bawak balik degan Air Asia, tapi bila Air Asia dapat info dari hospital di Fuda, engineering team dia kata flight dia tak boleh nak accommodate stretcher i.e. tak muat pintu flight & seat tak boleh recline/ remove utk letak stretcher. Jadi kami stick to the plan, bawak balik dgn Malaysia Airlines.

6. Dari mula dapatkan borang dari airlines, kena keep close contact & berkomunikasi dgn wakil airlines di negara yg mana pesakit tu dirawat. Sebarang perkara yang tak difahami, rujuk je degan mereka.

cb43cd557e355a567c617961a8490570
Gambar sekadar hiasan.

7. Dalam borang tu nanti doctor akan bagitau apa keperluan pesakit atas flight. Masa nak bawak adik ipar dari Guangzhou, agent hospital tersalah letak dlm form yg keperluan oksigen adik ipar akak ialah 10L/minute. Jadi mulanya doctor di MAS kata dia tak fit to travel. Bila check degan doctor di hospital di sana, rupanya 5L/ minute. Lepas tu resubmit borang ke MAS, baru diorg approve & kata dia fit to travel.

8. Airlines mensyaratkan kena ada medical escort bertauliah (sekurang-kurangnya jururawat berlesen) utk ikut patient. Ni melibatkan kos. Kalau ambil nurse dari negara yg kita lawat tu, kena sediakan dia hotel di Malaysia juga sebelum dia naik flight utk balik ke negara dia. Ya, kena beli tiket pergi balik utk dia. Tu belum campur service charge dia lagi.

9. Airlines akan caj harga tiket ikut jumlah seats yg diambil bagi letak stretcher atas flight. Contohnya kalau dia gunakan 9 seats, maka harga tiket pesakit tu akan jadi ganda 9.

2310199_orig
Gambar sekadar hiasan.

10. Setiap airlines kena patuhi peraturan penerbangan berkenaan bawa pesakit atas flight. Ada borang kena isi. Malaysia Airlines sebut MEDA form. Borang tu perlukan endorsement dari pihak hospital tempat pesakit dirawat. Lepas dah isi borang tu dgn lengkap, hantar kpd airlines. Airlines perlukan masa untuk proses permohonan kita kerana melibatkan beberapa department dlm airlines. Kalau di Malaysia Airlines antara department yang terlibat ialah engineering team (untuk check availability & installation of stretcher on board), medical team (untuk assess keadaan pesakit berdasarkan borang permohonan tu, sama ada pesakit fit to travel atau tak), ticketing team. Bila semua ni dah OK, baru boleh beli tiket utk pesakit. Untuk bawak balik arwah adik ipar dari Guangzhou dulu, MAS guna 9 seats utk letak stretcher dia (masa tu arwah di ICU di Fuda Hospital & doctor kata dia fit to travel back). 1 seats RM2,000.00. So 9 seats dlm RM18,000.00.

11. Masa ni dah boleh deal dgn hospital di Malaysia – hospital yg boleh accept utk rawat pesakit (ikut kekosongan & kepakaran hospital).

12. Selepas dah settle beli ticket, boleh terus hubungi PR di Malaysia Airport Berhad (MAHB) dan maklumkan pasal flight pesakit ni. Nanti dia akan minta beberapa maklumat:-

i. Apa nombor plat ambulans
ii. Nama, no IC dan no telefon setiap kakitangan dalam ambulans tu
iii. Pukul berapa ambulans sampai
iv. Nama & no. passport medical escort pesakit;
v. Medical escort ni akan keluar dgn ambulans atau ke airport building terus;
vi. Nama & no passport keluarga atau kawan pesakit yg akan turun dari flight & naik ambulans (ni sebab urusan biometric di imigresen di airport).

13. Dalam masa yg sama, boleh hubungi ambulans utk sewa. Akak guna khidmat Mahamas.

14. Nanti PR MAHB akan bagi details kat gate mana ambulans akan masuk utk standby ambil pesakit. Once kapal dah sampai, ambulans yg standby tu boleh bergerak ke arah kapal.

15. Ambulans akan bawa terus pesakit ke emergency dept hospital berkenaan.

 

NOTA PENTING: Apa nak buat kalau ada KEMATIAN di luar negara?

16. Di step no. 4 tu, terus hubungi kedutaan. Mereka akan bantu.

17. Kita kena dptkan quotation dari airlines (cargo) yg boleh bawa balik jenazah & dptkan info tentang prosedur & kos. Airlines akan maklumkan rumah mayat mana yg selalu berurusan dgn diorg dan tahu keperluan airlines utk bawa balik jenazah i.e. size keranda dan sebagainya.

18. Check kos utk awet mayat (keringkan air dlm badan jenazah). Memang kena awet mayat kalau nak bawa balik Malaysia. Kos awet mayat ni agak mahal kerana campur sekali dgn kos keranda dan kos hantar ke airport.

19. Ada kes yg akak bantu, waris cuba juga check kos nak kebumi di luar negara, tapi mahal dan mereka decide nak bawa balik kosnya sama dgn bawa balik jenazah ke Malaysia.

20. Lepas beli ticket, boleh hubungi PR MAHB dan proses seterusnya adalah sama sepertidi step 12 – 14 di atas.

Ketahuilah, sesungguhnya proses yang akak share ni amat mencabar ketahanan mental dan fizikal kita bila kita kendalikan segala prosedur ni. Untuk bawak arwah adik ipar balik dari Guangzhou, akak dan adik beradik akak berganding bahu untuk dptkan semua info dan keperluan arwah termasuk mesin oxygen, portable oxygen (POC) – ni emergency back up utk pesakit just in case mesin oxygen tak berfungsi. Kalau tak, memang tak terbuat sorang2.

TAKE NOTE bahawa dlm kebanyakan kes yg akak bantu (utk bawa pesakit/ jenazah dari luar negara), kekangan utama adalah duit. Ada yang lebih RM200 ribu, ada yg lebih RM1 juta, ada yg RM70 ribu. Bergantung kpd negara/ keadaan pesakit/ kos medical escort dan sebagainya. Bagaimana kami dpt bawak balik adik ipar dlm tempoh seminggu saja? Alhamdulillah memang dpt donation dari family, friends, public, netizen. Tapi adik saya (isteri kpd arwah) tahu donation tak mencukupi. Jadi adik saya decide utk pinjam duit dari family & kawan2. Dlm tempoh tak sampai 24 jam, collection cecah RM100k. sebenarnya jumlah yg diperlukan masa tu lebih dari tu sebab bil ICU saja RM200k kalau tak salah. Utk urusan penerbangan dan agent hospital (termasuk medical escort), another RM100k.

Akak kongsi berkenaan pinjam duit ni dgn bbrp pihak yg berhadapan dgn isu nak bawa balik keluarga yg sakit di luar negara, mereka cuba tukar dari mohon donation kpd dptkan softloan. Ternyata collection mencapai jumlah yg diperlukan dalam kadar yg agak cepat bila donation drive berubah kepada “mendapatkan softloan”.

Sebab tu akak cadangkan ambil insurans dari negara yg kita nak travel tu, sebab tak semua mampu nak dptkan & bayar semula soft loan. Melainkan kalau kita mmg ada insurance di Malaysia yg cover kemalangan/ kematian di luar negara yg mana insurans company tanggung segala kos up to RM1 juta dan sebagainya. Kalau betul ada, then boleh cuba pinjam kawan2 & keluarga.

Ada juga yg “stuck” di luar negara sebab isu takde duit nak beli ticket flight sebab mahal atau sebab GL insurans di Malaysia tak diterima oleh hospital di luar negara. Bila akak cuba bantu dan bagi suggestion utk dia pinjam duit, dia seakan marah atau sentap dengan akak. Sebab yg diharapnya adalah donation, bukannya tips2 yg akak nak share tu. Kita yg travel, kita yg kena bersedia dengan segala kemungkinan. Tapi akak tak ckp apa2 kat dia sebab faham dia tengah dlm kedaan tertekan.

Semoga info yg akak kongsi ni ni bermanfaat buat semua ye.

Sesiapa yg berhadapan dgn keadaan ni, boleh pm akak kalau perlukan maklumat lanjut.

Sorry sebab ter”over” panjang posting ni.

-K Rose-

Categories
Uncategorized

6 Sebab Kenapa AirBnB Lagi Best Berbanding Hotel

Kalau korang tak pernah dengar berkenaan AirBnB, AirBnB hampir sama seperti BookingDotCom / Agoda, tapi lebih fokus kepada homestay. Pemilik rumah akan mengiklankan rumah mereka dan korang boleh tempah penginapan di rumah tersebut sama seperti tempah hotel di atas talian.

Ini adalah sebab kenapa kami suka menginap di AirBnB berbanding Hotel:

1. Ruang yang lebih besar – Bayangkan booking hotel berharga RM200, korang hanya dapat satu bilik saiz standard, tapi dengan harga yang sama, boleh booking seluruh studio apartment di tengah bandar KL! Mana lagi berbaloi?

AirBnB 001
Harga penginapan sekitar KLCC yang anda boleh cari di AirBnB

2. Sesuai untuk traveler berkumpulan – Travel bersama keluarga atau kawan-kawan? Sewa seluruh apartmen di Airbnb. Dengan cara ini, semua orang boleh bersama dan mendapatkan privasi yang diperlukan pada harga yang lebih murah berbanding tinggal di beberapa bilik hotel. Korang boleh membahagikan kos, secara tak langsung menjimatkan kos travel.

3. Boleh masak – Kebanyakan AirBnB membenarkan penginap memasak. Kebiasaannya tuan rumah sudah sediakan perkakasan asas untuk memasak seperti periuk, kuali, pisau dan dapur gas. Sangat berbaloi bagi anda yang nak berjimat ketika travel. Microwave juga disediakan bagi korang yang nak panaskan makanan. Best kan?

4. Mesin basuh – Antara kemudahan yang berguna terutamanya bagi anda yang suka travel dengan beg yang ringan.

5. Netflix / iFlix / Chromecast / Androidbox – Tak banyak hotel yang menyediakan kemudahan ini. Kalau ada pun, hotel dengan harga yang mahal sahaja! Kebanyakan host di AirBnB menyediakan kemudahan ini bagi memberi kepuasan perkhidmatan kepada penyewa mereka.

6. Pilihan yang sangat banyak – Takkan ada AirBnB yang sama. Setiap satunya mempunyai pengalaman penginapan yang berbeza. AirBnB yang di senaraikan bukan calang-calang tau. Ada villa tepi bukit, studio apartment, condo dengan infinity pool, banglo mewah di tengah bandar, rumah menghadap laut dan macam-macam lagi!

Kalau korang belum mendaftar sebagai ahli AirBnB, boleh daftar guna link di bawah dan akan dapat Travel Credit bernilai RM120 percuma daripada AirBnB. Boleh guna travel credit ni untuk booking AirBnB pertama korang. Cubalah!

 

Voucher AirBnB
Daftar sini mendapatkan voucher airbnb anda bernilai RM120.
Categories
Uncategorized

Panduan Memohon Visa ke China

482719
Tembok besar China

Rakyat Malaysia yang ingin ke China diwajibkan untuk mendapatkan visa sebelum masuk bercuti ke China. China yang dimaksudkan adalah Tanah Besar China, tidak termasuk Hong Kong dan Macau. 

Categories
Uncategorized

Cara Mudah Mengumpul Mata Ganjaran AirAsia BIG

Salah satu kelebihan bila anda mengumpul nilai mata AirAsia BIG ialah anda berpeluang untuk menebus nilai mata tersebut dengan tiket penerbangan AirAsia secara percuma! Tidak hairanlah ramai traveler bersungguh-sungguh mengumpul nilai mata sebanyak yang boleh dengan pelbagai cara.

BigPay-1024x526.jpg

BigPay, adalah sebuah platform yang menyediakan perkhidmatan e-dompet dan menjadi alternatif digital kepada akaun bank berserta kad dan menawarkan fleksibiliti kepada pengguna untuk berbelanja di mana sahaja seluruh dunia.

Anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli-belah atau melancong kerana dengan adanya kad & aplikasi BigPay membolehkan anda berbelanja dengan selamat di lebih daripada 35 juta merchant di dalam dan luar negara serta atas talian (online). Antara kelebihan lain yang ada bila anda menggunakan BigPay:

  • Kumpul nilai mata AirAsia BIG  dengan BigPay– Setiap transaksi bernilai RM20, 1 BIG Points AirAsia akan dimasukkan terus ke akaun AirAsia BIG anda, apa saja transaksi pembayaran seperti di Mydin, Tesco, Watsons, Lazada, 11Street dan sebagainya, anda berpeluang untuk mengumpul nilai mata AirAsia BIG bila membayar menggunakan BigPay!
  • Zero processing fees! – Setiap pembayaran tiket penerbangan AirAsia menggunakan kad debit/kredit, anda akan di caj RM16/penumpang, manakala caj untuk pembayaran menggunakan perbankan internet adalah RM4/transaksi. Manakala pembayaran menggunakan BigPay, anda yang perlu membayar kos tiket penerbangan sahaja dan processing fees untuk tiket tersebut akan dikecualikan.
  • Promosi khas AirAsia untuk pengguna BigPay – Pengguna BigPay sering mendapat akses kepada jualan eksklusif AirAsia yang pastinya boleh menjimatkan lagi pembelian tiket dan merchandise AirAsia.
  • Kadar tukaran matawang yang rendah – Kadar tukaran matawang yang rendah menjadi antara salah satu kelebihan yang paling berbaloi yang BigPay berikan. Jadi anda tak perlu membuang masa mencari money changer untuk menukar wang anda.
  • Kawalan perbelanjaan yang mudah – Dengan aplikasi BigPay, setiap perbelanjaan akan dicatat dan ini memudahkan anda untuk mengawal perbelanjaan harian anda.
  • Penghantaran wang percuma antara pengguna BigPay – Satu kelebihan yang berguna terutamanya bila anda berkongsi perbelanjaan bersama travel buddies, anda boleh menghantar wang kepada pengguna BigPay yang lain tanpa sebarang caj.
  • Tambah nilai di mana-mana sahaja – BigPay boleh dihubungkan dengan kad debit dan akaun perbankan anda. Hanya dengan beberapa klik, anda boleh top-up BigPay anda dengan pantas kurang dari 5 minit. Jadi tidak ada masalah sekiranya wang di dalam BigPay anda tidak mencukupi bila membuat pembayaran.
  • Selamat – Pengguna BigPay mudah membekukan transaksi kad yang boleh dibuat melalui aplikasi BigPay sekiranya kad tersebut hilang dan sebagainya dan setiap pembelian perlulah memasukkan kod 6-digit sebelum pembayaran berjaya dilakukan.
  • Pengeluaran wang melalui ATM seluruh dunia – Ini sangat memudahkan sekiranya anda memerlukan wang tunai ketika travel dengan caj pengeluaran antarabangsa yang rendah.

 

Bagaimana untuk mendapatkan kad BigPay ini?

  1. Muat turun aplikasi BigPay di App Store (iOS) & Google Play (Android) atau klik pautan ini.
  2. Daftar dan masukkan maklumat peribadi anda.
  3. Masukkan kod VYIKXEICWE di ruangan referal code dan melayakkan anda untuk menerima RM10 secara percuma dari BigPay.
  4. Tambah nilai RM20 melalui kad kredit/debit atau online banking.
  5. Kad BigPay anda akan dihantar dalam tempoh 2 minggu selepas pendaftaran.
  6. Apabila kad diterima, aktikan kad tersebut melalui app BigPay dan anda boleh mula menggunakannya.

Pendaftaran adalah PERCUMA. RM20 yang anda top up dalam kad tersebut boleh digunakan semula sebaik sahaja kad anda sampai melalui pos. Selain dari itu, anda berpeluang untuk mendapat rebat sebanyak RM10 bila anda memasukkan kod referal VYIKXEICWE semasa mendaftar. Berbaloi kan?

Jadi segera muat turun aplikasi BigPay dan dan ikut arahan seperti yang di atas. Kumpul BIG Points kini lebih mudah dengan BigPay! Muat turun sekarang!

BigPay-PTM3-1024x683

Categories
Uncategorized

Tips Jimat Terbang Ke Eropah Dengan Norwegian Airlines

norwegian-air-787_750xx5760-3240-0-300

Ada kalanya tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Eropah terutamanya London teramatlah mahal. Jadi pilihan lain untuk traveler mendapatkan tiket murah ke Eropah adalah terbang dari dari Singapura menaiki Norwegian Airlines.

Norwegian Airlines merupakan penerbangan tambang murah di Eropah. Bagi anda yang mempunyai bajet yang terhad, Norwegian semestinya salah satu pilihan untuk anda mendapatkan tiket murah ke Eropah. Bagi sektor Asia Tenggara, Norwegian Airlines menyediakan penerbangan dari Changi Airport di Singapura ke Gatwick London, Oslo, Copenhagen  dan Madrid.

Kebiasaannya, harga promosi Norwegian Airlines dari Changi ke London adalah sekitar RM450-RM600 sehala dan RM1300-RM1900 pergi dan pulang. Oleh kerana ia adalah penerbangan tambang murah, bermakna pilihan tempat duduk, bagasi dan makan perlu dibeli berasingan. Tetapi bagi seorang traveler tegar, itu semua bukan masalah besar. Asalkan dapat sambar tiket murah, terbang ke Eropah bukan lagi satu angan-angan dengan adanya Norwegian Airlines!

Untuk itu, kami ingin kongsikan beberapa tips yang telah diberi oleh followers Pemburu Tiket Murah, bagaimana anda boleh berjimat sekiranya anda ingin terbang menaiki ke Eropah dengan Norwegian Airlines .

  1. Makanan: Add-on makanan Norwegian Airlines, bermakna ada caj tambahan yang agak tinggi untuk traveler bajet ciput. Jadi untuk mengelakkan anda kelaparan dalam flight, sila bawa makanan anda ke dalam cabin. Norwegian Airlines membenarkan penumpang membawa makanan dari luar. Pastikan makanan yang anda bawa tidak berbau sehingga mengganggu penumpang lain.
  2. Minuman: Tiada sebarang welcome drink bila anda masuk ke dalam pesawat Norwegian Airlines. Kami sarankan anda beli air di airport sebelum sebelum masuk ke dalam pesawat atau bawa botol kosong supaya anda boleh isi air percuma di water cooler yang disediakan di Changi airport. Sebarang minuman beralkohol dari luar tidak dibenarkan.
  3. Tempat duduk: Kalau nak selesa naik Norwegian Airlines terutamanya long haul Changi-Gatwick, beli seat. Beli seat membolehkan anda memilih tempat duduk mengikut kemahuan anda. Kalau pilih seat belakang, peluang untuk anda mendapat sebaris tempat duduk kosong adalah cerah.  Norwegian akan penuhkan baris depan dan tengah dengan penumpang yang tidak membeli seat, jadi seat belakang ada yang kosong.
  4. Luggage: Kelebihan menaiki Norwegian Airlines, anda diberi sebanyak 10kg untuk cabin baggage. Jadi gunakan quota yang diberi sebaiknya. Bagi mengurangkan kos, anda boleh berkongsi membeli 1 check-in luggage sebanyak 20kg.

 

Selain itu, penerbangan hampir 13jam dari Singapura ke Gatwick London takkan membosankan kerana setiap tempat duduk dilengkapi dengan skrin hiburan untuk anda menonton filem atau mendengar muzik.

Tempat duduk untuk kelas Ekonomi yang selesa selain pesawat yang digunakan adalah model Boeing 787 Dreamliner, yang pastinya sangat berbaloi untuk penerbangan jarak jauh.

Semoga tips ini membantu merancang bajet perjalanan anda. Selamat mengembara!

 

Categories
Uncategorized

Selamat Datang!

Welcome.jpg

Selamat datang ke laman rasmi Pemburu Tiket Murah!

Di ruangan ini, kami akan kongsikan tips-tips menarik, trik memburu tiket murah, itinerary dan pelbagai lagi info menarik tentang dunia travel!

Jika anda ada sebarang informasi dan idea untuk anda kongsikan bersama kami, sila PM kami di Facebook. Terima kasih!