Categories
Berita

Ah sudah! Chef dekat Perancis buat coklat bentuk Coronavirus

Hebat betul kreativiti manusia ini. Dikala masyarakat dunia tengah panik dengan virus COVID-19, seorang chef dekat Perancis tiba-tiba dapat ilham untuk buat telur coklat dengan virus corona sebagai modelnya.

Telur tersebut dipamerkan dalam sebuah temubual bersama Le Telegramme.

Chef bernama Jean-Francois Pre mendapat ilham untuk buat coklat ini sebab penat nak dengar orang asyik bercakap tentang virus ini.

Jadi, dia pun buatlah coklat virus ini dan mula jual coklat ini di kedainya dekat Landivisiau.

Kebetulan pula kedai chef ini terletak berhampiran dengan ahli mikrobiologi Perancis yang terkenal iaitu Reu Loius Pasteur.

Coklat ini terdiri daripada coklat susu yang dicat dengan almond warna hitam merah. Selain itu, Jean juga ada cakap coklat ini diharap dapat mengajak semua orang untuk keluar dari situasi virus ini.

Ha, korang macam mana? Ada sesiapa yang teringin nak makan coklat virus ini?