Categories
Tips Travel

Asyik lepak KL je, apa kata weekend ini korang pergi Glamping versi bajet!

Mengaku je la, memang ada masa yang korang nak sangat pergi travel tapi duit dekat dalam dompet macam sendu-sendu sahaja. Korang pun scroll la Instagram tengok gambar bekas kekasih, kekasih, dan kawan-kawan korang pergi bercuti luar negara dan ambil OOTD bagai tiada hari esok.

Sebenarnya dekat Malaysia ini ada banyak tempat yang cantik dan dekat dengan alam semulajadi untuk korang terokai. Jadi, dalam artikel kali ini kita nak sembang sikit tentang pilihan travel yang murah tapi worth it!

Kalau selama ini korang banyak pergi travel ke kota-kota besar. Apa kata kali ini kita pilih travel ke tempat-tempat yang tenang dikelilingi alam semulajadi. Bolehlah korang larikan diri dari segala masalah dan perkara yang menyesakkan jiwa korang dekat bandar dengan aktiviti macam Glamping!

Oh ya! Satu lagi tips nak kongsi, make sure korang bawa kawan-kawan yang memang ceria dan tak banyak songeh. Penat juga kalau kita nak glamping tapi member jenis yang tak boleh kena gigit nyamuk. Amboi!

Kalau korang nak cari tempat glamping yang murah, selesa dan tak jauh sangat dari Kuala Lumpur. Apa kata korang lepak Gibbon Retreat Bentong dekat Pahang. Diorang baru je buka tempat Glamping ini. Ada banyak jenis chalet dan khemah yang korang boleh pilih. Kalau dekat Gobbon Retreat Bentong yang sis pergi ini, korang boleh pilih Treetop Chalet, Rock Chalet, Bentong View Chalet.

Tapi kalau korang jenis yang lasak, sis memang sarankan korang ambil khemah sama ada Giant Pandan, Tongkat Ali dan Bentong View. Khemah ini berbeza ikut kuantiti orang yang korang nak bawa masuk.

Korang jangan risau, sebab dekat sini tandas memang selesa dan kelengkapan untuk korang buat BBQ pun dah disediakan. Memang ada ruangan khas untuk korang masak dan bakar-bakar. Cuma kalau nak memudahkan kerja korang, bawalah sudu atau pisau sendiri sebab kuantiti yang disediakan pun agak terhad.

Kalau dah namanya hutan di Bentong, memanglah agak sejuk. Kalau keadaan dah makin malam, suasana dekat hutan ini akan jadi bertambah sejuk tau lebih-lebih lagi kalau hujan. Jangan lupa bawa stoking.

Apa yang boleh buat dekat sana?

Oleh sebab sis tak pandai menipu, sebenarnya korang tak boleh expect untuk buat banyak benda macam flying fox, main ATV atau berbasikal. Tapi korang boleh jungle trakking sampailah korang boleh ke air terjun mini dekat belakang. Kira-kira dalam 10 minit macam itu perjalanan.

Kalau korang malas sangat nak berjalan, apa kata korang mandi sungai dekat kawasan dekat khemah korang. Tak pun main kad dengan kawan-kawan. UNO pun best.

Apa nak kena ready?

Okey, jangan lupa untuk bawa sweater sebab tengah malam memang sejuk.

Jangan lupa bawa teh, kopi dan gula. Sebab kalau lepak sampai tengah malam nak throwback benda-benda lama, air teh dan kopi seperti ini memang padu.

Jangan lupa untuk bawa insect repellent bagi menyelamatkan korang digigit nyamuk. Satu lagi tips, sembur insect repellent dekat kasut korang bagi mengelakkan digigit pacat.

Bawa speaker untuk korang dengar lagu tapi jangan buka lagu kuat sangat sampai khemah lain tak boleh tidur.

Memang akan ada anjing berkeliaran. Tapi diorang sejenis manja dan bertugas melindungi kawasan glamping itu.

Alrite, itu sahaja yang saya boleh cerita untuk kali ini. Ada sesiapa nak pergi glamping minggu ini?

Categories
Berita

Jangan buat sesuka hati, ketahui undang-undang ini kalau bercuti di Maldives

Mana-mana negara yang kita pergi, penting untuk kita ketahui apakah budaya dan peraturan yang dikenakan di negara itu. Mungkin beberapa perkara terlihat biasa di negara kita namun ia sememangnya perkara yang dilarang di negara tertentu.

Pulau Maldives terkenal dengan keindahannya dan selalu menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati keindahan lautan. Sebab itulah ramai selebriti dan orang awam yang memilih pulau ini untuk destinasi meraikan ulangtahun perkahwinan dan bulan madu.

Namun, tak ramai yang tahu ia sebenarnya memiliki penduduk yang majoritinya muslim. Maka, ada perkara yang sangat dijaga terutamanya cara berpakaian. Jika korang melangggar beberapa peraturan yang ditetapkan, korang mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang dan disiasat polis.

Kalau korang nak tahu, Pulau Maldives sebenarnya telah membataskan pergerakan pelancong untuk berada di sekitar pulau yang sememangnya terpisah dengan pulau utama masyarakat di situ yang dihuni majoroti muslim.

Tapi belakangan ini, ramai pula pelancong yang masuk ke pulau yang dihuni penduduk muslim ini tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan. Jom tengok apakah pantang-larang kalau nak ke pulau Maldives ini.

Jaga batas pergaulan dan jangan menunjukkan ‘aksi kemesraan’ yang keterlaluan dengan pasangan.

Kalau nak pakai bikini, hanya terhad di resort dan kapal persiaran.

Pesawat dan kapal mungkin akan lambat sampai ke pulau jika cuaca buruk.

Jangan pegang terumbu karang ketika menyelam

Dadah, alkohol, daging babi, anjing adalah barang yang dilarang untuk di bawa ke pulau Maldives

Jaga sopan santun terutama kalau korang pergi bercuti semasa hari besar Islam macam bulan Ramadan atau Lebaran

Kalau korang menjaga pantang larang ini, nampaknya tak ada yang perlu dirisaukan. Korang boleh menikmati keindahan pulau Maldives dengan air lautan yang jernih. Jangan lupa tengok matahari terbenam tau. Memang cantik!